Artis / Selebriti
” Mak dia tengok tu mesti fikir apa benda lah anak aku si Amayan ni buat, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Datin Shahida, Qadejah dan Ammar Ahyan membuat video trend TikTok buat ramai terhibur. Ammar kat belakang tu betul-betul struggle nak menari. Tengah menari ke bersenam tu Ammar, haha..
Sebut sahaja nama anak sulung Dato’ Aliff Syukri, Ammar Ahyan, sudah pasti ramai yang mengenalinya. Sikap yang bersahaja ketika membuat video live membuatkan warganet terhibur. Bukan itu sahaja, sekarang Ammar juga mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik anak kedua Dato’ Aliff, Qadejah ada memuatnaik video yang memaparkan Qadejah bersama Ammar serta mama mereka, Datin Shahida. Menerusi video itu, tiga beranak ini sedondon memakai baju berwarna kuning.
Qadejah meminta Datin Shahida dan Ammar untuk membuat satu video trend. Namun begitu, gaya Ammar menari telah mengundang tawa warganet. Ammar seolah-olah sedang berusaha gigih untuk mengikut rentak tarian yang dilakukan oleh Qadejah dan Datin Shahida.

Usik warganet, gaya Ammar menari sudah seperti sedang bermain golf dan ada kalanya seperti sedang bersenam pula. Selain itu, reaksi Datin Shahida melihat Ammar menari juga dilihat mencuit hati. Sehingga kini, video tersebut telah menerima puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video-video di bawah ini :
@qadejah_terlajaklaris Its better than yours 😝 #xyzbca #tiktokmalaysia
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Mak dia tengok tu mesti fikir apa benda lah anak aku si Amayan ni buat, haha.. Nampak struggle betul Ammar tu nak menari.. “
” Aku sampai kena bukak sound ni semata2 nk tgk sebenarnya tarian dia mcm mana, haha.. Ammar kau tengah buat apa tu Ammar.. “
” Ammayan tu tak tahu la menari ke exercise.. Hahahahha keras betul badan dia menari.. Mesti Cess paksa menari juga ni.. “
” Ahahahahaha ape Ammar buat tu.. Kalau tak tahu jangan buat Ammar, hahaha.. Dah macam tengah main golf pun ada.. “
” Ammaryan kalau perlu kan peetolongan kenyit mata 2 kali.. Struggle betul acik tengok, sekali acik pun rasa penat juga.. “
” Aku tak boleh yang tengah tu, haha.. Siapa yang paksa dia menari ni, baik cakap.. Aku kesian tengok.. “
” Mama nak ikut rentak Ammayan tetibe mama yang pening, ape nie Ammar.. Ammar boleh ajak YBSS masuk kelas tarian, HAHAHAHA.. “
Cara Ammar menari secara bersahaja seperti itu mengundang tawa warganet. Qadejah pula tengah tahan ketawa melihat gelagat mama dan abangnya menari. Mesti Ammar kena paksa dengan Qadejah untuk membuat video menari ni kan. Bertabah lah Ammar, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok qadejah_terlajaklaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

