Artis / Selebriti
” Mak aih, sedapnya lenggok suara dia nyanyi lagu Tokti. Best versi Nadeera ni.. ” – Komen Netizen
Video Nadeera Zaini menyanyikan lagu Nirmala di Asian TV Awards Jakarta raih pujian ramai. Fuh power lah Nadeera menyanyi lagu Tokti ni. Ada lenggok yang tersendiri dan tidak dibayangi penyanyi asal..
Penyanyi Nadeera Zaini antara penyanyi yang semakin meningkat naik. Kelunakan suara Nadeera berjaya menambat hati pendengar. Selepas berjaya mara ke final Anugerah Juara Lagu 39, Nadeera kini mengorak langkah untuk melebarkan lagi sayapnya di negara jiran, Indonesia.
Menerusi perkongsian di Instagram Rocketfuel Entertainment, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nadeera membuat persembahan di Asian TV Award Jakarta. Nadeera mewakili Malaysia bersama Hael Husaini. Untuk persembahan pada malam pertama ini, Nadeera mendendangkan lagu popular nyanyian asal biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Nirmala.
Lagu berentak irama Malaysia DS Siti ini tidak semua orang mampu membawakannya dengan baik kerana memerlukan nada tinggi. Namun persembahan Nadeera mengagumkan dan ramai yang memberikan pujian. Malah penonton di acara berprestij itu juga turut menari dan terhibur dengan nyanyian Nadeera.
Ada lenggok yang tersendiri dan langsung tidak dikaburi oleh penyanyi asal, persembahan Nadeera memang mengagumkan. Tone suara tinggi Nadeera juga agak smooth dan tidak kedengaran seperti menjerit. Suara yang lunak dan merdu, tidak puas didengar. Nadeera membuktikan dia sememangnya seorang penyanyi yang hebat.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hebat Nadeera. No doubt power. Belum lagi she bawa keroncong style.. every words dia clear jelas, tak terjerit2 sangat. kekadang macam ni pun dah okey kan.. “
” Clean habis suara dia.. wlaupun suara dia lantang.. tpi kemerduan tu ttap ada.. dia bawa lgu ni.. lulus. Kita mcm dah mula love dengan nadeera ni , suara lagu diaa best.. “
” Wow Sedap tone suara Nadeera nyanyi lagu TokTi. Antara artis terbaik cover lagu DS Siti lepas Ernie.. “
” Weeee suara dia ya Allah merdu , dahla cantik suara pun bikin cair.. ada suara mcm sharifah aini.. “
” Suaraa nadeera nie memang sedap, terus bersinar nad.. Seketul2 perkataan dia keluar drpd mulut.. “
” Mak aih, sedapnya lenggok suara dia nyanyi lagu Tokti. Takde bunyi tiru suara Tokti langsung.. Suka pulak dengar versi Nadeera ni. Harap ada org buatkan lagu vibe irama Malaysia modern.. “
” Dah agak dah kalau nadeera nyanyi lagu tokti mesti sedap.. Antara cover atas pentas yang terpaling sedap.. ok lulus.. “
Nadeera membuktikan dia mempunyai vokal yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Bukan mudah untuk menghiburkan penonton di negara lain, tetapi Nadeera membuktikan Nadeera mampu menghiburkan mereka. Semoga Nadeera terus maju jaya dan semakin bersinar dalam industri.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rocketfuel Entertainment, Tiktok Yana Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak dengar langsung ambik nafas. Part tinggi tu macam sekali dia hembus je. Power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sebelum kawin dengan suami saya, nenek cakap tak suka dia sebab.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terus daddy tak jadi kerja. Daddy yang melekat dekat Zara ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dia takde isteri, tapi dia punya kawan-kawan yang baik dan prihatin.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Semakin meledak Hael perform. Suara sedap, aura sangat memukau. Padu lah Hael.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedap suara Ina. Suami Ina masih kekok nak nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tipu lah kalau tak terasa. Ada lah terasa sikit dengan Mummy tapi.. ” – Thamiera Chan