Viral
” Macam tahu-tahu dia memang nak pergi dan tak kan kembali lagi. Tak terucap dengan kata-kata, sedih sangat.. ” – Komen Netizen

Video ibu kepada salah seorang mangsa tragedi bas UPSI, arwah Muhamad Adib Azim Halim menunjukkan hadiah terakhir yang diberikan oleh Adib buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Ummi Adib menangis. Sedih kata-kata yang tercoret pada hadiah tu..
Seluruh negara berduka dengan tragedi tragis melibatkan sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada hari Isnin lalu. 15 orang pelajar menemui ajal dan ke semuanya telah pun selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing.
Salah seorang yang terkorban adalah arwah Muhamad Adib Azim Halim. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok YB Mohd Husaimi Hussin, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan suasana di rumah arwah Adib. Kelihatan menerusi video tersebut, Ummi Adib brgitu tenang melayani tetamu yang menziarahi kediamannya.
Ummi Adib menunjukkan hadiah terakhir yang diberikan oleh Adib kepadanya sempena ulangtahun kelahiran ketika menyambut hari raya Aidiladha baru-baru ini. Sejambak bunga hasil tangan Adib sendiri meruntun hati warganet. Kemas dan rapi hiasan bunga yang Adib hasilkan dan terdapat juga duit yang dijadikan gubahan.
Selain jambangan bunga, Adib turut memberikan senaskhah buku yang diletakkan di dalam kotak. Di sampingnya, kad ucapan yang berkisarkan mengenai ibu mengusik hati. Ummi Adib membacakan bait-bait kata yang tertulis di kad itu sambil menahan sebak di dada.
Jom tonton video di bawah :
@miechehussin_.off ” ini saja yang adik mampu bagi hadiah buat ibu”. kata- kata terakhir Adik Muhamad Adib Azim Halim ketika memberi hadiah hari lahir ibu tercinta pada sabtu, Hari Raya Adiladha. #pelajarupsi #gerik #adunhulubesut
@_dibadibz Kawan sampai syurga🫂 Al-fatihah #upsi
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Citer anak syurga adib ni ter kesan pd ibubapa.. menitis airmata tanpa sedar.. manja kasih syg rindu semua ada allah anugerah. Hanya ibuayah kehilangan anak dpt rasa sampai jannah.. “
” Effort dia buat bunga tu sendiri . Kadang kite student tkde duit sngt. Tp kite buat yg trbaik Utk parent . Mesti si dia seorang yg baik, usaha Utk bahagiakan parent . Bestnya Walaupom dh tkde . Doa ibu masih tak putus Utk dia.. “
” Dia mcm tahu nak suruh ibu dia kuat sbb dia takde dah.. sebagai seorang ibu air Mata percuma je keluar .. hancur Hati pasti Ada bukan tanda tak redha .. Ya Allah moga Hati ini sentiasa redha dgn anak2 .. buat keluarga Arwah moga kalian tabah dan Di beri kekuatan luar biasa Dr Allah SWT.. “
” Macam tahu tahu dia memang nak pergi dan tak kan kembali lagi.. pemergian ny sangt baik sebelum pergi meninggl kn hadiah untuk ibuny,ibu kami perlukn mu.. syurga buat mu arwah Adib.. “
” Tak terucap dengan kata-kata sediha sangat.. Allahurabbi.. diakau anak yang baik… Allah ambil semula apa yg dipinjamkan … Arwah mcm tau dia nk pergi, arwah minta ibu nya kuat.. “
” Bouquet ni dia buat sdr.. utk ibu dia.. ‘ibu kita kuat’ kata² semangat arwah buat ibu.. dia nak ibu dia kuat kehilangan dia.. Al- Fatihah buat adik Adib Hazim.. semoga syurga buat mu.. “
” Mengalir baca titipan kata-katanya. sedihnya…. moga ibu terus kuat. Insyaallah anakanda telah berbahagia disana. Sabar dan redho buat ibu kerana Allah sangat sayang pd anak ibu.. “
Gambar hadiah yang digubah sendiri oleh Adib untuk ummi nya :
Hadiah yang cukup bermakna dan tanda kasih sayang terakhir daripada Adib untuk Ummi tersayang. Pastinya hadiah ini akan menjadi pengubat rindu ummi terhadap Adib. Semoga ummi Adib terus kuat untuk mengharungi waktu sukar ini. Semoga arwah Adib tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Miechehussin, Tiktok dibadibz, Tiktok Puan Sarahey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral8 hours ago
” Team forensik pun cakap benda yang sama, ni pakcik van jenazah pula. SubhanAllah mulianya arwah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Cantik sangat arwah Ayuni, sekarang hanya tinggal kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 hours ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Cara Ina menangkis bidasan orang sama dengan arwah SS dulu. Puas hati akak mendengarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sebak suara YB cerita pasal Ayden. Dia punya sebak dan risau tu macam anak dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kak Long kantoikan diri sendiri. Sakan Irfan gelak tengok Kak Long tersasul teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Terkejut Bella rupa-rupanya bakal mak mertua telefon, pandai cikgu berlakon.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Menangis weh dengar, siapa yang tak rasa sedih rakan baik pergi secara tiba-tiba.. ” – Komen Netizen