Artis / Selebriti
” Macam mana tahan gelak ni oii. Part keluarkan rambut dari mulut tu sumpah kelakar, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Puteri Balqis bersama ibu, apak dan tunangnya menyanyi lagu Tamil buat warganet terhibur. Adui, masuk air sangat family ni. Muka masing-masing memang tak boleh blah. Part korus tu terkejut dengar, haha..
Kehidupan Puteri Balqis kekal bahagia walaupun hanya ada ibu, apak dan tunangnya sahaja dalam keluarga. Banyak content yang mereka lakukan bersama-sama. Ada beberapa kolaborasi juga yang menggandingkan Puteri Balqis, ibu, apak dan tunangnya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Moresechild, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Puteri Balqis bersama ibu, apak dan tunangnya mempersembahkan sebuah lagu Tamil. Ibu Puteri Balqis bertindak sebagai penyanyi, sementara yang lain menjadi pemuzik.
Warganet terhibur mendengar nyanyian ibu Puteri Balqis itu. Sambil menahan ketawa, ibu Puteri Balqis meneruskan nyanyiannya sehingga ke akhir. Tunang Puteri Balqis kelihatan tersenyum beberapa detik dalam video ini kerana tidak dapat menahan geli hatinya.

Gelagat tunang Puteri Balqis membuat bunyi dengan menepuk dada dan perutnya menggunakan tangan menggeletek hati warganet. Ada-ada sahaja idea mereka sekeluarga untuk merakamkan content yang mencuit hati dan lain daripada lain sebegini untuk hiburan warganet.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun merekodkan lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha yang tepuk dada tu ok tak tu .. kuat sangat bunyinya, confirm lebam ni haha.. Baru tau imochi ada bakat terpendam pandai nyanyi lagu tamil haha.. “
” Syikin, aduhai berguling guling aku ni haa.. tambah sikit jelir lidah dgn pusing pusing jari.. lawak lah family aqish ni.. “
” Aku sbnrnya tak nak gelak tapi….. malah ketawa terbahak bahak.. part keluarkan rambut dr mulut tu sumpah kelakar.. “
” Kenapa comellll sangat mama aqish haha.. nyanyi dahla xda perasaan… pastu muka masing2 x bole blah.. “
” Aku ni blk keje penat2 keluarga korg lh aku cr untk tgk happykn diri .skt perot aku ketawa aqis oiii.. “
” Dey tanggachi.. rompa rompa alarkalrerkik.. hebat. boleh pegi jauhhh. Jauh dari bumi… yg penting tempo tepuk perut tu betul, tak lari lol.. “
” Deyyyy.. bencik laaa, kena tengok balik cite minnale ni. Mana datang ‘kulu kulu’.. Boleh terus pendam bakat yg terpendam ni haha.. Camne tahan gelakk oii.. aku saat pertama daha berdekah ketawa, haha.. “
Boleh tahan masuk air juga ibu Puteri Balqis ini, satu family sekepala dan sporting. Terhibur warganet menonton video ini sehingga ke akhir. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Morosechild
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi

