Artis / Selebriti
” Macam mana kau try, first kau nak try wife kau tu.. ” – Host Podcast

Video Ubai Kongsi Cerita Bagaimana Dirinya Mendekati Shila Amzah Di Apa Citer Podcast. Pandai Betul Ubai Susun Strategi. Part Shila Marah Lepas Ubai Confess Tu Lawak. Lambat Sangat Ubai, Penat Shila Bagi Hint, Haha !!
Perkahwinan antara Ubai dan Shila Amzah antara yang menjadi perhatian warganet. Sebagaimana yang semua ketahui, Ubai lebih muda 8 tahun daripada Shila dan ramai sebenarnya yang tidak menyangka Shila akan memilih Ubai sebagai pasangan hidup.
Menerusi perkongsian video di akaun Instagram Apa Citer Podcast, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ubai bercerita mengenai detik awal percintaannya bersama Shila. Ubai berterus terang yang pada awalnya dia tidak berani untuk mendekati Shila lebih daripada seorang kawan.
Shila yang sudah selesa dengan Ubai ketika itu berkongsi banyak perkara. Antaranya tentang lelaki-lelaki yang cuba mendekati. Ubai pula bijak dan ada mindset yang jelas tentang hala tujunya berkawan dengan Shila. Ubai sememangnya sudah menyimpan perasaan terhadap Shila.
Dalam diam, Shila banyak memberi hint kepada Ubai untuk menunjukkan dia sukakan Ubai. Pasangan ini hanya berterus terang soal perasaan mereka setelah Shila pulang dari Australia. Shila juga sempat marah kepada Ubai kerana lambat confess sedangkan Shila banyak berkias-kias sebelum ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada pembaca. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Jodoh dan pertemuan ditentukan oleh Allah SWT. Umur bukan ukuran kebahagiaan.. Ubai pilihan yang tepat untuk Shila.. ‘
” Trbaik, Ubai. Moga kekal bhgia brsama2 Sha, Seth dan Rhea hgga ke Jannah. Moga Allah pnjangkan umur dan murahkan rzki Ubai dan Sha. Moga sntiasa dirahmati dan diberkati Allah. Aamiin. Aamiin. Ya Rabbal Alaamin.. ”
” Dia counter balik, baik siak Ubai haha.. Ubai ni bos, meletop betul.. pandai ubai pasang stategik.. sepadan sangat Ubai dan Shila, saling mengisi kekurangan yang ada.. ”
Ubai dan Shila tidak mengambil tempoh yang lama untuk beralih ke fasa seterusnya. Sambung Ubai lagi, hanya 2 minggu selepas jujur perasaannya terhadap Shila, Ubai membawa Shila bertemu keluarganya dan hubungan mereka itu mendapat restu kedua belah pihak.
Benarlah kata pepatah, kalau sudah jodoh tak akan ke mana. Usia juga bukan penghalang untuk pasangan ini hidup bahagia. Kini Ubai dan Shila bahagia bersama anak-anak mereka. Semoga keluarga kecil Ubai dan Shila ini sentiasa dalam rahmat Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Apa Citer Podcast, IG Shila Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah