Artis / Selebriti
” Macam makan beradab je. Untunglah ada kesayangan tolong kopek udang.. ” – Komen Netizen
Video gelagat YB Syed Saddiq membantu kupaskan kulit udang untuk Bella Astillah curi perhatian warganet. Alahai sweet sangat YB Saddiq layan Yayang Bella. Green flag betul YB ni..
Kelibat YB Syed Saddiq pasti ada menemani Bella Astillah setiap kali Bella hadir dalam majlis formal dan acara bebas. YB Saddiq pasti akan meluangkan masanya untuk bersama-sama Bella. Di mana sahaja pasangan BASS ini hadir, pastinya mata-mata akan tertumpu kepada mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan YB Saddiq menemani Bella di Islamic Fashion Festival 2025. Pada majlis ini, Bella menghiburkan semua tetamu yang hadir dengan menyanyikan beberapa buah lagu termasuk lagu duet terbarunya.
YB Saddiq juga bertindak sebagai juru kamera Bella dan merakamkan aksi Bella menyanyi di atas pentas. Gelagat YB Saddiq yang memberikan mini love kepada Bella membuatkan hati peminat BASS berbunga-bunga. Romantis sungguh Ahli Parlimen Muar ini walaupun orangnya lurus.

Telatah YB Saddiq membantu mengupas kulit udang untuk Bella juga mencuir perhatian warganet. Begitu teliti YB Saddiq menjaga dan memudahkan urusan Bella. Tersenyum Bella apabila menyedari gelagat mereka berdua itu sedang dirakamkan.
Jom tonton video di bawah :
@scha…..a Replying to @hryty7 🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍 #bellaastillah #syedsaddiq #BASS royal resort semporna, Neil , nizzkee thread
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sweeet gilaaa.. Datang dah penyakit sengih² aku nieeeee.. couple paling tak jemu tengok saling melengkapi gittew. yb ni memang greenflag betul.. “
” Dah setahun ya dorang, YB still sama macam mula2 dulu selalu hidangkan Bella makan, kopek kan udang apa semua.. “
” Lelaki kalau selalu memandang wanita yg dia cinta, dia tak kan pedulikan keadaan sekeliling, itu nama nya cinta, sifat setia ada dlm dri nya.. “
” YB tau Bella penat, lepas performed mesti lapar. Kalau dia tak buat semua tu mesti Bella tak makan.. Time si bella senyum tu baa t’ikut2 kita senyum.. “
” Patutla selama ni mkn udg xsedap, rupenya xde org kopekkn.. Perempuan nak mcm ni la sweet2 manja kali kamu.. “
” Macam makan beradap je. Overdose vitamin gini.. Pandai Dia kopekkan guna pisau dan garfu. Mesti ada amik course heehe.. “
” Untunglah ada kesayangan tolong kopek udang. Kita kena kopek sendiri je. Aku dh beli udang semalam.. x masak lg.. hari ni lah masak sambal udang.. rasa mcm nk suruh laki kopek kan jgk.. hahahaha xnk kalah.. “
Beruntung sungguh Bella dilayan seperti ratu oleh YB Saddiq. Lelaki yang penuh dengan adab dan tahu memartabatkan wanita kesayangannya. Semoga yang baik-baik sahaja untuk YB Saddiq dan Bella serta dipermudahkan segala urusan pasangan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Tiktok Scha…. a
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Hari tu punca saya warded adalah kerana.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen


