Artis / Selebriti
” Macam dah bagi hint je ni Suri. Berdebar nak tunggu final, hypertension dulu kami ni.. ” – Komen Netizen
Video Ummi Nazeera menjawab soalan mengenai pilihan hati Suri antara Falah dan Haikal raih perhatian warganet. Ayat Ummi tu macam nak bagi hint je. Adakah ini ending drama Andai Tiada Dia..
Drama Andai Tiada Dia arahan Riza Baharudin dan terbitan Global Stations kini menjadi drama pilihan ramai pencinta drama Melayu. Drama yang memaparkan konflik rumahtangga seorang wanita bernama Suri dan dugaan yang perlu ditempuhinya untuk mencari bahagia sehingga mengusik emosi penonton.
Tambahan pula lakonan hebat Ummi Nazeera yang penuh dengan penghayatan, lagi membuatkan penonton tidak berganjak menonton drama ini di kaca TV. Untuk episod sambungan bermula esok, warganet bakal menyaksikan sikap Falah yang berubah setelah mengetahui dirinya mengidap kanser.
Menonton trailer untuk episod minggu hadapan sahaja sudah membuatkan penonton geram. Ramai yang berteka-teki sama ada Suri akan kembali kepada Haikal setelah apa yang Falah lakukan terhadapnya. Demi meleraikan teka teki penonton, pemilik akaun Bambam Studios mendapatkan penjelasan daripada Ummi Nazeera.

Menerusi video ini, Ummi menegaskan keputusan Suri akan tetap memilih Falah sebagai suami. Terlalu jauh perbezaan sikap Haikal dan Falah yang membuatkan Suri lebih mahukan Falah. Jawapan yang diberikan ini seolah-olah bayangan untuk ending drama hebat ini nanti.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ntah la suri aku dh mls dah nk tgk lg episod seterusnya tunggu last episod je la bru tgk semula nyirap darah tgh director cerita ni.. “
” We want falah n suri.. Jgn dera perasaan kami.. Nk falah xnk Dr. Omar HAHA.. Tp kami ade trust issue dgn pengarah ATD.. “
” Aku tak layan dah episod akan datang ni. kalau ending betul dengan falah baru nak marathon. anggap jelah cover poster falah ngan suri baju putih en, ending dorang together. xgetback ngan haikal.. “
” Kusut serabut dah cerita ATD… sebab rasa Seram bila nak tunggu akhir cerite tamat.. bobo ckp falah x meninggal pun.. “
” Ok macam dah bagi hint je ni suri…. macam ada sinar kebahagiaan dlm ATD, mungkin dia bg kami semua jemaah2 ni hypertension dulu ni.. “
” Tak sabar nk tungguuuu esoookkk.. terbaiklah suri.. love you suri sebab kekal dengan falah.. Saya setuju suri, saya pun pilih Falah.. “
” Saya teamSuriFalah. Alhamdulillah jika Suri mmg tetap memilih Falah. Ini yg kami nak.. debar nak tunggu final ni.. “
Jika ini hint yang bakal terjadi dalam drama, pastinya membuatkan ‘team‘ Falah tersenyum lebar. Pastinya ramai tidak sabar menunggu hari Isnin untuk menantikan apakah yang bakal terjadi dalam hubungan Falah dan Suri. Ramai yang berharapkan drama ini akan ada happy ending untuk Suri dan Falah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bambam Studios
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti2 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen


