Artis / Selebriti
” Love video Hayla ni, tapi lepas tu aunty touching lah.. ” – Komen Netizen

Video anak Wawa Zainal, Hayla berkongsi rezeki di sebuah rumah kebajikan buat ramai terharu. Tersentuh tengok anak-anak rumah kebajikan berselera makan kek batik Hayla..
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon dan usahawan berjaya, Wawa Zainal dan anaknya, Hayla berkongsi video yang memaparkan mereka sekeluarga telah pergi ke sebuah rumah kebajikan untuk berkongsi rezeki kepada anak-anak di sana.
Menerusi video itu, kelihatan Hayla bersama kanak-kanak lain memasak kek batik. Kata Hayla menerusi video tersebut, kehadirannya di sana untuk bertemu dengan rakan-rakan baru dan dalam masa yang sama ingin meminta rakan-rakan barunya itu untuk mendoakan urusan Hayla menduduki peperiksaan nanti dipermudahkan.
Bukan sahaja memasak kek batik, Hayla juga turut memberikan produk keluaran keluarga mereka kepada rakan-rakan yang lain. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang suka melihat cara Hayla yang langsung tidak kekok ketika menyantuni anak-anak di rumah kebajikan tersebut.
Ada juga memuji sikap Wawa dan Aeril dalam mendidik anak mereka untuk berkongsi rezeki kepada yang memerlukan. Sehingga kini, video Hayla ke rumah kebajikan telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terharu dan sebak selepas menonton perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Love video Hayla ni, tapi lepas tu aunty touching lah.. So sweet Hayla.. Tak kekok pun..Teruskan jadi anak yg solehah, down to earth & sentiasa dilindungi Dunia akhirat.. Amin.. “
” Hayla ni jiwa mcm mak ayah dia jugak, baik haty dia, dia minat dlm bidang ini, nampak dia seorg yg tak sombonggg,, semoga berjaya dlm bisnes manis2, dan semoga semuanya manis2, aminnnn.. “
” Alhamdulillah.. SubhanAllah. Sebak tengok video ni.. Betapa happy tgok Hayla dan kawan2 tu happy.. Moga bertambah maju biz Hayla.. “
” Semoga hayla jadi anak yg solehah dipermudahkan segala urusan.. Sentiasa dijaga dri penyakit ain, and hasad dengki dri netizen, org tua ,sahabat yg jahat dan selalu happy go lucky.. “
” Budak2 lebih menghargai drpd kita yg dewasa… Subhanallah masyallah tabarakallah.. Terasa sayu tengok video Hayla ni, Terima kasih Hayla dan keluarga kongsi rezeki kepada anak-anak ni.. “
” Barakallah hayla.. Smga success trus yaa mnjd anak yg solehah dan disygi oleh ramai org.. Go Hayla go.. Love you Hayla.. “
” Mulianya hati awak Hayla.. Mak cik doakan semoga rezeki & hidupmu diberkati oleh Allah.. Maju jaya dalam perniagaan.. Amin.. “
Seronok anak-anak di rumah kebajikan ini menyambut kedatangan Hayla sekeluarga, lagi-lagi dapat makan dan masak bersama-sama kek batik dengan Hayla. Apa-apa pun, semoga Hayla terus dimurahkan rezeki dan membantu orang-orang yang memerlukan lagi selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG hayla_family, w4w4_zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” Sumpah nangis dengar pesanan akhir Nurly untuk Lily. Sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Ayat tu dulu buat aku senyum. Hari ini, ayat itulah yang buat aku menangis.. ” – Tunang Nur Ainul Qistina
-
Viral3 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak saya baru saja menghembuskan nafas terakhir.. ” – Rahmad Mega
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Viral4 days ago
” Dia tiba-tiba nak belajar makeup sebab nak nampak cantik masa praktikal nanti. Dan dia ulang ayat tu lagi.. ” – Rakan Arwah Nurly
-
Artis / Selebriti8 hours ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen