Artis / Selebriti
” Love teruk cara YB Saddiq hargai Bella . Sangat ikhlas dan gentleman.. ” – Komen Netizen

Menang Anugerah Selebriti Couple Goal Terhangat, video ketika Bella Astillah dan YB Syed Saddiq berucap di pentas AMT2025 buat ramai teruja. Wah dah macam pengantin BASS kena kipas dengan CP Sarimah Ibrahim dan Faizal Hussein. Sweet sangat ucapan YB Saddiq untuk Bella..
Semalam telah berlangsungnya Anugerah Melodi Terhangat 2025 ( AMT2025) di Dewan Putra, Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan banyak kategori yang dipertandingkan. Salah satu anugerah yang dinanti-nantikan oleh ramai adalah Anugerah Selebriti Couple Goal Terhangat.
Ramai pasangan yang tercalon antaranya BASS, FattMira, Syamel Ernie dan ramai lagi. Menepati jangkaan, BASS iaitu Bella Astillah dan YB Syed Saddiq diangkat sebagai pemenang. Menerusi perkongsian di akaun Instagram TV3 Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Che Puan Sarimah Ibrahim dan Faizal Hussein mengumumkan pemenang anugerah tersebut.
Tepukan gemuruh diberikan usai nama BASS disebut sebagai pemenang. Bella dan YB Saddiq kelihatan begitu sopan dan saling menghormati artis senior. YB Saddiq berjabat tangan dan mencium tangan Faizal sebagai tanda hormatnya. Bella juga memberikan ucapan penghargaannya kepada peminat yang mengundi mereka.
Ketika YB Saddiq diminta untuk memberikan ucapannya, suasana riuh dengan sorakan kerana ayat YB Saddiq yang cukup sweet untuk wanita kesayangannya itu. Che Puan Sarimah dan Faizal juga memeriahkan suasana apabila menjadi pengapit BASS dan mengipas Bella dan YB Saddiq. Rakan selebriti juga merestui hubungan BASS.
Jom tonton video di bawah :
@ohbulanofficial Tahniah Bella & YB atas Anugerah Selebriti Couple Goals Terhangat 😍🥰❤️✨ #ohbulan #bass #fyp #AME2025 #AnugerahMelodiTerhangat
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Couple paling direstui se Malaysia.. sarimah dengan faizal tu main peranan ye jadi pengapit pulakkk hahaha loveeee.. “
” Pandai bella bg ucapan dan mcm biasa YB sentiasa dgn pujian pd Bella.. Rasanya sepanjang mana-mana penyampaian anugerah. Anugerah yg ini lah yg banyak di tunggu-tunggu dan banyak buat orang excited. Anyway suka tenggok reaction jujur YB.. “
” Pengacara pun main peranan betul ye.. Faizal dan che puan sarimah auto jadi pengapit.. yb tu mmg hormat org yg lbh tua dr dia. suka tgk dia salam cium tgn faizal hussein tu…. syabas yb & ss.. “
” Sopan sangat tutut kata mereka berdua.. tahniah BASS, korang memang selayaknya.. YB tetap puji Bella walau di mana pun.. “
” Love teruk ni penuh semut atas stage.. Suara bella sedap sgt kalau jadi host, kata² tersusun walaupun che puan kalut dok usik diaorg.. siap kipas lagi.. Yb pulak mcm biasa kata² formal dan laju, identiti parlimen tu x kan boleh hilang dlm masa terdekat ni.. “
” Sis lurveeee yang penting, yb sangat gentle ek.. tak pernah tak puji bella kt mana-mana pun.. parents YB senyum bersama sama masa bass dkt screen.. “
” Love teruk, congrats Bella dan Syed Saddiq.. SS ni dia seorang yg menghargai gila dohhh. gila lah dia punya hargai bella tu . sngt ikhlas.. “
” Aaa ingatkan YB nak bagi hujah tadi, comel betul pujian YB untuk Bella tu.. blushing semua tengok BASS ni.. Sweet betul lah yb ni adoii, tahniah BASS.. “
YB Saddiq tetap dengan sifat gentlemannya, pujian untuk ironlady kebanggaan hati tidak pernah lekang dari mulutnya. Tahniah Bella dan YB Saddiq atas anugerah ini dan semoga lebih banyak kebaikan yang pasangan ini dapat tonjolkan untuk dijadikan inspirasi kepada semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG tv3malaysia, Tiktok ohbulan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen