Connect with us

Artis / Selebriti

” Love signal daripada abang untuk adik, sweet sangat Tengku Hassanal ni.. ” – Komen Netizen

Video YAM Tengku Hassanal Meletakkan Sekuntum Bunga Di Atas Tapak Tangan YAM Tengku Afzan Ketika Istiadat Merenjis Pengantin Diraja Raih Perhatian Ramai. Alahai Spontan Je Tengku Hassanal Ni, Sweet Sungguh Ada Abang Macam Ni !!

Acara kemuncak untuk istiadat perkahwinan diraja Pahang YAM Tengku Puteri Tengku Afzan dan FD Idzham iaitu Istiadat merenjis telah pun berlangsung semalam. 3 hari istiadat perkahwinan berjalan dengan lancar dan penuh meriah dengan kehadiran kerabat diraja dan tetamu terhormat.

Menerusi akaun Tiktok Arbaee19, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tengku Hassanal menyempurnakan istiadat merenjis. Tampil bergaya dan segak dalam busana berwarna biru, Tengku Hassanal mengambil bunga rampai untuk ditaburkan atas tapak tangan adinda dan adik iparnya itu.

Menerusi video ini, dapat dilihat Tengku Hassanal tidak hanya mengambil bunga rampai tetapi juga diambil sama sekuntum bunga mawar yang berada dalam bekas bunga rampai. Walaupun tahu dirinya sedang dirakamkan, Tengku Hassanal tidak teragak-agak untuk memberikan bunga mawar itu kepada Tengku Afzan.

Tersenyum kedua-dua mempelai melihat bunga itu diletakkan atas tapak tangan Tengku Afzan. Tengku Hassanal turut mengucup kepala adindanya itu sebelum turun ke tempat duduknya. Terhibur warganet melihat gelagat Tengku Hassanal yang penuh dengan kasih sayang itu.

Jom tonton video di bawah :

@arbaee19

Istiadat merenjis Tengku Hassanal kepada kedua mempelai😍..sempat lagi tengku bagi bunga kt adinda nyaπŸ˜‚ #royalwedding #istiadatmerenjis #tengkuhassanal #tengkuafzan #fdidzham #perkahwinandiraja

♬ Cinta Sesungguhnya – Sabhi Saddi

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Sweet lah abang gembira plus sedih sebab adik dah kahwin.. Sweet sangat tengok Tengku Hassanal bagi bunga pada tengku Afzan tu.. ”

” Yess nmpk tdi TMP kasi bunga seketul kecik tu hehe. last day istiadat perkahwinan adinda. Moga perkahwinan diberkati Allah.. ”

” Sweet sgt kan.. masa tengku ambik daun tu sy dah nk tergelak sbb mcm byk sgt tengku ambik hehe.. Aamin aamin.. ”

” Love signal daripada abang untuk adik, sweet sangat tengku hassanal ni.. Awhhh berbunga hati tgk kasih seorang kekanda pada adinda nya.. ”

” Sweet jew Tengku Puteri dpt bunga dari kekandanya Tengku Hassanal.. comel perangai random tengku hassanal ni, dengan wife nanti tentu lagi sweet.. ”

” Sweetnya abang tapi aku yang berair mata. Alhamdulillah dan memang abang terbaik tengku hassanal. subhana Allah kasih seorang abang.. ”

” Kasih seorang abang yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. Tengku Hassanal sweet sangat, cair tengok.. Terharu, sedih dan happy bila abag besar layan adinda dia macam tu.. ”

” Muka serius tapi dalam masa sama lucu.. mesti anak-anak sultan suka bergurau tapi dalam tv kena tunjuk protokol tu.. nampak biasa simple je action ni tapi buat semua rama-rama dalam perut berterbangan.. ”

Kasihnya seorang abang terhadap adik perempuannya yang tidak akan boleh digambarkan dengan kata-kata. Dari perbuatan Tengku Hassanal itu sudah cukup membuktikan betapa kuat ikatan kasih sayang antara adik beradik ini. Semoga Tengku Hassanal juga akan menemui bahagianya selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber Tiktok Arbaee19

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT