Artis / Selebriti
” Liza Aziz tanpa muzik memang superb. Rileks je nyanyi padahal lagu tu, susah kut.. ” – Komen Netizen

Video Liza Aziz menyahut cabaran Dato’ Ramli MS untuk menyanyi lagu Jauh Di Sudut Hati versi acapella di konsert minggu ke 6 Gegar Vaganza raih pujian ramai. Fuh hampir satu lagu Liza menyanyi tanpa muzik. Alunan suara yang menusuk ke hati..
Liza Aziz antara bintang yang diramalkan bakal menyandang gelaran juara Gegar Vaganza musim 11. Persembahan Liza saban minggu begitu konsisten dan memberikan persaingan yang hebat untuk semua peserta lain. Liza juga menyahut semua cabaran yang diberikan oleh jurinya, Dato’ Ramli MS.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak dan Majalah Remaja, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Liza untuk minggu ke 6 dengan tema Horror Horror. Liza menyampaikan lagu dendangan asal Dato’ Sudirman Hj Arshad berjudul Jauh Di Sudut Hati dalam versi acapella.
Ini ada cabaran yang diberikan oleh Dato’ Ramli MS atau Tok Ram dan ternyata Liza berjaya menambat hati semua dengan nyanyiannya itu. Tanpa muzik, suara Liza dan penghayatannya ketika menyanyi sampai ke hati penonton. Liza juga mendapat pujian daripada bunda Hetty Koes Endang.
Liza memiliki vokal yang sangat mantap. Walaupun menyanyi tanpa muzik, suara Liza itu sendiri sudah menjadi muzik dan pelengkap untuk persembahannya. Definisi penyanyi sebenar yang berbakat, sekalipun sudah berusia, namun tetap power vokalnya. Maintain sahaja suara Liza dan sebutannya juga cukup jelas.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Liza Aziz tanpa muzik , sememangnya penyanyi versatile .. power btl suara liza aziz, baju pun cantik sgt.. “
” Superb…. natural talent. you go girl….. one step ahead.. congratulations to you Liza Aziz… Ni baru lah penyanyi.. aku memang respect penyanyi-peyanyi lama.. dah berusia tapi suara padu.. “
” Rasa kacau jer lagu bila masuk music sebab punyalah syahdu dan merdu bila acapella .. Liza aziz tanpa muzik terpaling padu.. “
” Dia ni mmg buka je mulut mmg sedap suara nya releks je nyanyi pdhal lagu tu susah kot.. meremang dengar.. jiwa tu sampai.. “
” Sedap suara walaupun tanpa irama muzik. Love teruksssss meremang sehh dengr Liza nyanyi.. Perghh sedih we, terasa betul dengan alunan suara Liza.. “
” Kemerduan suara… Alunan dan cara penyampaian.. Tak perlu iringan muzik… She just own the song.. “
” She hebat sangat tanpa muzik pun boleh buat kita goosebump.. ini baru suara adalah instrumen yang sebenarnya.. tak bernombor tapi gah.. menusuknya tu sampa ke hati.. “
Tidak dapat dipertikaikan lagi kehebatan vokal Liza. Tanpa muzik pun tetap mampu mengusik jiwa penonton dengan suaranya itu. Liza kembali merampas gelaran juara mingguan dan minggu hadapan pasti menjadi perhatian kerana Liza mendapat lagu yang memerlukannya untuk menari iaitu lagu kumpulan Dolla yang bertajuk Damelo. Tentu gempak kerana dia adalah Liza Aziz.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok Astro Gempak, Tiktok Sooka Malaysia, IG Majalah Remaja
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen