Connect with us

Artis / Selebriti

” Lentik betul Ara menari. Geramnya tengok Ara tempoyot ni.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah dan anaknya, Ara Adreanna menari lagu Jodoh Lebaran buat ramai terhibur. Alahai, comelnya Ara menari. Part menyanyi dan menari lagu raya mummy pun cute. Berbakat sungguh lah Ara Tempoyot ni.. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan anak kedua Bella Astillah, Ara Adreanna mengikuti Bella ke konti Era FM. Bella dan Ara memakai baju kurung sedondon yang menyerlahkan lagi kecomelan mereka.

Ara sememangnya anak yang bijak dan petah bercakap. Celoteh Ara sepanjang berada di konti menghiburkan. Sebagaimana yang semua maklum, Ara suka menari dan menyanyi. Bakat anak kecil ini sering dikongsikan di akaun media sosial milik Bella dan adiknya, Didi Astillah.

Ara menunjukkan bakatnya menari dan menyanyi di hadapan rakan sekerja mummynya iaitu Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin. Ara menari lagu Jodoh Lebaran bersama Bella. Gerak tari Ara mengagumkan warganet kerana ianya kelihatan smooth dan lembut gemalai.

Ara juga turut menyanyi lagu raya Bella berjudul ‘ Ya Raya ‘. Melihat gelagat Ara menari sambil menyanyi itu membuatkan ramai di kalangan warganet yang geram dengan kecomelannya. Ara kelihatan copy paste ibunya, Bella dan digelar mini Bella.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Comelnya Ara menari dan menyanyi, copy paste mummy dia sangat.. Geram nya tgok si ara ni.. Haisss si tempoyot ni.. “

” So comel, Cikgu tari kita ni.. Cikgu tari nye papa Saddiq yg punye… Ara kesayangan papa Saddiq.. “

” Comel, berbakat macam mummy dia.. Pandainya anak yang daddy syed saddiq ni.. Comel betul laa Ara menari.. “

” Hahahahha eeeee comey tau ara ni. She born to be a dancer. Comel betul 2 beranak ni… MCM adik dgn kakak.. “

” Lentik betul Ara menari, pandai Ara joget terletik kiyut sangat.. Ara comel macam Bella.. ara memang cerdikm kejap je dia dapat ikut step.. “

” Pandai nye Ara menari n da tau steps tarian ikut mummy nye, so cute la a Ara ni.. Ara dah fasih dlm tiga bahasa, dah pandai baca and mengira. Ara start pre-school umur 4 tahun. Menari and menyanyi tu bakat.. “

” Bella dengan mini Bella.. so clever eh cikgu tempoyot.. Ayat paling comel mini bella astillah.. dua2 lincah menari.. “

Seronok warganet melihat aksi Ara dan Bella itu. Ara boleh menjadi pelapis mummy apabila dewasa kelak. Tarian yang comel dan menghiburkan semua. Semoga Ara terus menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat serta bahagia di samping keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak