Artis / Selebriti
” Lemak merdu tu boleh galau weh. Through phone pun on point ye lenggok Ernie ni.. ” – Netizen
Video Ernie Zakri Menyanyi Lagu Masing-Masing Versi Irama Malaysia Raih Perhatian Ramai. Wah Lain Macam Perginya Bila Lagu Masing-Masing Dinyanyikan Secara Irama Malaysia. Lunak Sungguh Suara Ernie, Memang Boleh Galau Dibuatnya !!
Ernie Zakri antara penyanyi wanita yang memiliki suara yang merdu dan lenggoknya yang tersendiri. Setiap kali Ernie keluar dengan lagu single, pastinya lagu tersebut akan mendapat tempat di hati peminatnya. Pada ketika ini, lagu Ernie berjudul Masing-Masing meraih perhatian ramai.
Tidak kurang juga ramai selebriti yang turut cover lagu Masing-Masing dengan versi mereka tersendiri. Ramai juga yang menggunakan lagu ini sebagai lagu latar pada posting mereka di media sosial. Yang terbaru, Ernie ada memaklumkan bakal keluar dengan single Masing-Masing versi irama Malaysia pada 24 Mei 2024 nanti.
Meninjau akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan geng 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad bercakap bersama Ernie di talian. Radin memulakan perbualan dengan bertanyakan mengapa irama Malaysia menjadi pilihan Ernie.

Nabil pula memujuk Ernie agar menyanyikan sedikit lagu viral itu dengan alunan nada irama Malaysia. Suara Ernie tidak dapat dinafikan memang merdu. Walaupun hanya beberapa baris ayat sahaja, namun sudah membuatkan warganet teruja mendengarnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Ini memang makanan ernie .. sedap g1le dengar.. Lemak merdu tu boleh galau weh.. ernie keluarkan lah satu album irama malaysia.. ”
” Uihh dalam call pun dah merdu bunyi suara Ernie nyanyi.. Fenomena Masing-Masing, versi irama tradisional pun layan.. ”
” Random betul kak Ernie haha.. bukan Ernie zakri kalau tak perangai random macam ni.. ada-ada je, lawak Ernie.. ”
” Through phone pun on point ye lenggok Ernie ni. Tak sabarnya nak dengar yang full version.. Terus rasa mcm ada kt dlm istana budaya skrg ni tgh layan teater.. ”
” Cakap dalam telefon pun suara sedap.. Apa ni.. love her answer “why not” haha… moga terus mendunia Ernie.. ”
” Aderrr she mari dengan galau tradisional pulak lah.. wow..selepas Siti Nurhaliza artis kedua yg saya minat dan sgt berbakat besar erni Zakri.. ”
” Wow irama traditional pulak.. merdunya suara Ernie.. Ni terlajak galau dah ni kali dengar.. kak Ninie.. lepas ni kite nak duduk tepi pantai sambil tengok ombak dengar lagu masing-masing versi tradisional.. ”
Berilah apa sahaja genre lagu pada Ernie, pastinya akan kedengaran lunak merdu di telinga. Ramai peminat Ernie yang tidak sabar untuk mendengar full version lagu ini esok. Apa-apa pun, semoga Ernie Zakri maju jaya dalam kerjaya nyanyianny dan dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG Ernie Zakri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sempat dia selit nyanyi time pakai lipstik tu, kelakar lah baby ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman


