Artis / Selebriti
” Lawanya bakal mummy Jebat. Dah tak rahsia ni mamu eh.. ” – Netizen
Video Sharnaaz Ahmad Bersama Seorang Wanita Di Malam Gala Polis Evo 3 Cur1 Perhatian Ramai. Wah 1st Time Secara Terbuka Sharnaaz Bawa Teman. Cantik Dan Manis Orangnya, Sesuai Sangat. Mamu Pun Sengih Sampai Telinga, Bahagia Sungguh !!
Nama Sharnaaz Ahmad sememangnya dikenali ramai dan antara duda terhang4t dalam negara masa kini. Sejak bergelar duda, Sharnaaz seringkali menjadi usikan warganet dan ramai yang mendoakan agar Sharnaaz cepat bertemu jodoh.
Menerusi akaun Instagram Xtra dan Inaijari, telah dikongsikan video yang memaparkan suasana sekitar majlis Malam Gala Polis Evo 3. Sharnaaz hadir bersama teman istimewanya, Amelia Christie. Pasangan ini memakai pakaian sut dan kelihatan kemas.
Wajah manis Amelia menjadi perhatian dan ini kali pertama Sharnaaz membawa Amelia ke majlis rasmi sebegini. Mungkinkah ini hint daripada Sharnaaz tentang keseriusan hubungannya bersama Amelia, itu antara yang menjadi perbualan warganet.

Sharnaaz juga kelihatan gembira apabila membuat video Tikt0k bersama Amelia. Wah senyum lebar sampai ke telinga ni, nampak bahagia sungguh Sharnaaz sekarang. Boleh tahan cantik dan lawa Amelia ini, ada iras muka Datin Lisa Surihani dan senyumannya itu dikatakan seperti Shila Amzah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet terutamanya peminat Sharnaaz. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Itu ke Amelia Christie yang digembar-gemburkan ? Cantik orangnya, semoga cepat naik pelamin.. Alhamdulillah tak seksi, terbaiklah mamu.. ”
” Pegang tak mau lepaih aihh.. Kali kedua jumpa mamu dengan si manis.. hari tu dekat Hard Rock Penang.. sama cantik sama padan, suka tengok.. ”
” Mami cantik mamu, jadi.. simple pakai gitu, kemas je. jarang mamu dapat yang tak cantik.. yang ni sokong 300% semoga yang baik-baik ye.. ”
” Please take care mamu untuk kami penat da tengok mamu duda walaupun hati br0ken masih doakan yang baik2 buat mamu.. Mamu bagi hint dah tu, buah hati special dia.. ”
” Cantik bakal mummy baru Jebat ni. Gabungan senyuman Shila Amzah dan wajah Lisa Surihani.. Manis bagi pinang dibel4h dua, sama cantik sama handsome.. ”
” Uih segak aih bakal mummy Jebat ni. Okey yang ni approve, mamu pun nampak bahagia sungguh dengan si buah hati.. ”
” Mamu dah ada awek la.. Sepadan je Sharnaaz dengan Amelia ni. Lawanya bakal mummy Jebat.. Sweet sangat.. ramai yang br0ken ni haha.. ”
” Comel sesuai, jaga mamu elok-elok ye. Senyum sampai ke telinga arr mamu hehe. Helok sungguh kali ni dapat pun.. Dah tak rahsia ni mamu eh, show off ni kira declare kekasih hati la tu hehe.. ”
Andai betul Sharnaaz ada hubungan istimewa bersama Amelia, semoga segalanya dipermudahkan untuk mereka ke fasa-fasa yang seterusnya. Suka lah Jebat kalau ada mummy baru yang comel seperti ini. Boleh jadi geng baru Jebat dan baba, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra, IG Inaijari, Tiktok Amelialim_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

