Connect with us

Artis / Selebriti

” Lawak lah Que lari atas pentas. Tersampuk perangai Kak Lina Kepom, penat gelak part ni.. ” – Komen Netizen

Video Que Haidar merajuk gara-gara Sherry Alhadad menari bersama Ruri Repvblik di final Gegar Vaganza 12 buat ramai terhibur. Amboi Que, merajuk siap lari atas pentas lagi. Perangai sebijik macam Kak Lina, pengaruh rakan sekerja sangat ni, haha.. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Que Haidar hadir ke final Gegar Vaganza 12 semalam. Ini kali kedua Que tampil di pentas GV dan kali ini juga suasana menjadi gamat dengan gelagat Que.

Sebelum Que muncul di pentas, hosnya Sherry Alhadad sedang asyik menyanyi dan menari bersama Ruri Repvblik. Melihat kelakuan Sherry itu, Que berlakon seperti kecewa dan merajuk. Nabil pula cuba backup Sherry dan mengatakan Sherry tidak tahu Que akan ada pada malam itu.

Seluruh dewan bergema dengan gelak ketawa apabila Que berlari di atas pentas ketika Sherry cuba memujuknya. Gaya Que merajuk dan berlari itu mengingatkan penonton dengan telatah Elly Mazlein dan Kak Lina Pom Pom ketika mengacarakan GV pada musim sebelum ini.

Ramai juga yang mengatakan Que semakin kelakar sejak selalu membuat content bersama Kak Lina untuk produk Jakel. Semakin lama semakin, masuk air Que dan ianya menyenangkan hati peminat Que. Ini adalah part paling mencuit hati di pentas akhir GV yang menghiburkan penonton.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Hahaha dia lari macam tu sebab dia duk jakel lama dengan kak lina pom pom.. tersampuk perangai kak lina Kepom.. haha.. penat gelak part ni.. “

” Que versi kak lina pom pom, main lari lari atas pentas haha.. pak su lari sejak cari kain lace dengan kak lina.. kawan dengan kepom merajuk pun macam kepom.. “

” Lawak lah Que haha.. masuk air la semua.. part que lari tu macam kak kepom dulu dekat GV, time merajuk haha.. “

” Hahahaha abg que haidar banyak sgt luang masa dengan kepom nii .. perangai pun da bukan2 ehh sekarang menjadik2 biol nyaaaa.. “

” Dia lari lari pulak. Hahaha manjah. Makin kelakar dia ni.. Abg que berlari2 dh mcm kat jakel plk, hasil dr k lina kepom dh ni.. “

” Sejak berkawan dengan Kepom, dah jadi perangai macam kepom merajuk je lari lari haha.. adui lawak la, sempat lagi hai ek haha.. “

” Amboi mesti kepom yang ajar ni haha.. lawak lah que.. makin kelakar.. sherry pun function teruk. suka tengok.. “

Riuh rendah auditorium dengan gelak ketawa penonton melihat telatah Que berlari seperti itu. Gaya Que memang sama seperti Kak Lina Kepom, almaklum lah Que dan Kak Lina rakan sekerja. Makin lawak dan kelakar Que. Apa-apa pun, Que berjaya memeriahkan dan menghiburkan semua penonton.

Silakan SHARE..

Sumber : IG F8buzz, IG Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak