Connect with us

Artis / Selebriti

” Lawak lah dua ketul ni, sekepala betul. Terhibur akak dik oii.. ” – Komen Netizen “

Video terbaru Ahmad Merrah bersama Zaki Yamani ajuk dan tiru gaya ayah mereka menyanyi buat ramai terhibur. Lawak sungguh gandingan Jamawie ni, dua-dua masuk air. Tok Wi dan Tok Jamal, tengok anak teruna ni, nakal betul, haha.. 

Ahmad Merrah merupakan anak lelaki kepada penyanyi rock lagenda, Dato’ Awie. Zaki Yamani pula anak kepada penyanyi bersuara lunak merdu yang digelar sebagai Raja Pop, Dato’ Jamal Abdillah. Kedua-duanya sudah meningkat dewasa dan mewarisi bakat nyanyian ayah mereka.

Satu persamaan lain yang dapat dilihat dalam diri Merrah dan Zaki adalah mereka memiliki sense of humor dan pandai berjenaka spontan. Zaki dan Merrah mempunyai suara saling tidak tumpah seperti ayah mereka. Malah cara bercakap juga hampir sama.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ahmadmerrah dan Tiktok Notmalini, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Merrah dan Zaki mengajuk gaya nyanyian ayah mereka. Zaki memulakan dengan mendendangkan lagu Dato’ Awie berjudul Sejati dengan nada Dato’ Jamal.

Gaya Zaki meniru suara Dato’ Jamal mencuit hati warganet. Beralun-alun suara Zaki meniru babanya. Merrah juga boleh tahan lawaknya apabila menyanyikan lagu Dato’ Jamal berjudul Gadis Melayu dalam versi lenggok rock Dato’ Awie. ‘Rosak’ lagu penyanyi lagenda apabila anak-anaknya masuk air seperti ini.

Jom tonton video di bawah :

@ahmadmerrahh

1 year after @Zaki Yamani 😭

♬ Jamal abdillah_Kekasih awal dan akhir – ꧁ R.kay_OfficiaL ꧂

@notmalini

Anak Awie & Anak Jamal 🤣

♬ original sound – ML – ML

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Dua dua suara bapak haha.. pandai btul korang ek.. ank jamal ngn ank awie ni.. moga keduanya akn suksess spt ayahanda² nya kelak.. sbb dua² ada bakat yg besar.. “

” Jamal dgn awie alaf 2026.. sedap suara dua dua.. mantap tau korang berdua ni.. jamal dan awie bersama, jadi Jamawie.. “

” Copy paste ayah memasing dua org ni.. ya allah,kau ampunkan lah hamba2 mu yg poyo2 ini…. terhibur akak dik oii.. “

” Bukan je bagus menyanyi.. bagus juga lawak nya.. terbaik la korang ber2 n… moga kami semua terhibur pengganti bpk2 nye yg legend tu.. “

” HAHAHAHAHAHAHAAHA.. Cikgu terhibuuurrrr.. moga korang tetap jd best buddy sampai tuaaa yee… pandai anak bawa lagu versi ayah masing2 memg talented.. “

” Suara diorang bercakap pun dah macam bapak bapak diaorang.. Aku tengah tengok cerita Azura ke Sembilu ni haha.. lawak lah dua ketul ni, sekepala betul.. “

” Anak Awie dan anak Jamal, haha.. suara bapak betul korang..buat filem la semua anak artis berlakon mesti best.. “

Kelakar sungguh apabila Jamawie bergabung seperti ini. Masing-masing tidak mahu kalah mengajuk gaya ayah masing-masing. Memang copy original anak bapak Zaki dan Merrah ni. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga terhibur menonton telatah 2 sahabat ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ahmadmerrah, Tiktok Notmalini   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak