Artis / Selebriti
” Lama tak tengok Jue Aziz, bertambah-tambah cantik sekarang.. ” – Komen Netizen
Video Penampilan Terbaru Pelakon Jue Aziz Ketika Sedang Berinai Raih Perhatian Warganet. Wah Dah Lama Tak Nampak Jue, Makin Cantik Sekarang. Maintain Awet Muda Walaupun Umur Dah 40an !!
Nama pelakon wanita yang berwajah jelita, Jue Aziz masih lagi segar dalam ingatan peminat. Walaupun Jue sudah lama tidak aktif dalam dunia lakonan, namun perkembangannya tetap diikuti oleh wargamaya. Jue pernah bergelar isteri kepada pemuzik Indonesia, Bayu Daniels namun jodoh mereka tidak panjang.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Juee Aziz, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan penampilan terbaru Jue. Berlatar belakangkan pelamin seakan bakal ada majlis perkahwinan, Jue sedang diinaikan tangannya oleh seseorang.
Jue yang memiliki kulit putih melepak membuatkan inai di tangan dan jarinya kelihatan menyerlah dan menyala merah. Pada usia Jue yang sudah pun melepasi angka 40, Jue masih kelihatan cantik seperti zaman mudanya dahulu. Tidak berubah wajah Jue, malah semakin cantik sekarang.

Penampilan Jue yang berhijab sepenuhnya ini juga menambahkan lagi keayuan Jue. Alhamdulillah, Jue masih lagi istiqamah dan diberikan kekuatan iman untuk meneruskan hijrahnya itu. Pastinya ramai yang tidak jemu memandang wajah Jue, mungkin kah Jue akan kembali bergelar isteri kali ini.
Jom tonton video di bawah :
@juee.aziz MashaAllah Cantiknya!🥰😍 #jueaziz #fyp #foryou #foryourpage #fypp #fypage
@juee.aziz Aamin YRA 🤲🏻❤️ #jueaziz #fyp #foryou #foryourpage #fypp #fypage
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet, Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami
‘‘ Cantik jue Aziz ni Dari dulu lagi…. Alhamdulilah dia tetap istiqomah bertudung kan… cantik bertambah-tambah cantik sekarang.. ”
” Jue Aziz memang cantik dari dulu. Manis lembut orangnya.. suka tengok dia berlakon, best sangat.. ”
” Dari dulu luve dengan kulit Jue Aziz ni.. sudah la putih melepak, bersih lagi.. orangnya pun cntik.. ayu ja.. ”
” Orang pempuan tgk pun berkenan… kita laki ni x perlu cakap laaa . Anyway tahniah Jue Aziz.. Semoga selamat dunia akhirat.. ”
” Saya memang minat sangat2 dgn jue aziz ni dr dulu lg…. sekarang lagi la mkin comelll.. alhamdulillah cantik sangat jue.. ”
” Lama tak tengok Jue Aziz.. Cantik sangat Jue Aziz ni.. cantiknya sama je macam dulu.. semoga kekal ke jannah.. ”
” Lawanya Jue Aziz ni.. Minat dari dulu lgi joe aziz ni cantik x pernah berkurang manis je senyuman awak.. ”
Terubat kerinduan peminat terhadap Jue. Jue juga kelihatan gembira dan bahagia dalam video tersebut. Apa-apa pun, semoga Jue Aziz sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kesihatan yang baik serta bertemu jodoh yang baik dan sempurna untuk diri Jue.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Jueee Aziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

