Artis / Selebriti
” Lama sangat tak dengar suara Amir ni. Suara dah abang-abang tapi merdu.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Amir Sisi mendendangkan lagu Satu Rasa Cinta khas di majlis perkahwinan gurunya raih perhatian ramai. Wah lama Amir hilang, akhirnya dapat dengar kembali suara emas Amir..
Nama Amir Sisi mula menjadi sebutan ketika penyertaannya dalam program realiti TV The Chosen One musim 1. Bakat dan suara Amir yang lunak merdu menjadi taruhan dan hasilnya Amir berjaya dinobatkan sebagai juara. Suara Amir ada ‘sesuatu’ yang mampu membuatkan orang mendengar suaranya menjadi sedih dan sayu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Amir Sisi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amir menyanyi di majlis pernikahan gurunya. Agak lama warganet tidak mendengar suara Amir menyanyi secara live. Amir mendendangkan lagu Satu Rasa Cinta.
Mendengar akan suara Amir, ramai yang meluahkan kerinduan mereka. Suara Amir tetap merdu sama seperti sebelum ini. Walaupun usia Amir semakin menginjak remaja, suara emasnya itu masih tetap lunak. Bak kata Dato’ Awie dulu, Amir ada bakat yang besar.

Perkongsian ini mendapat perhatian warganet dan ramai yang memuji persembahan Amir itu. Walaupun menyanyi secara santai dan bersahaja, vokal Amir tetap mantap. Tidak perlu muzik pun tidak mengapa kerana suara Amir sendiri seperti ada muziknya tersendiri. Lenggok yang tidak puas didengar.
Jom tonton video di bawah :
@amir.sisi1 Belanja sikit..Unuk hadir kenduri cikgu dia,belanja lagu sikit..moga bahgia bersama pasangan cikgu 🥰🥰#xyzabc #termojproduction #amirsisi
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Amir ni bila dia nanyi kan.. air mata aku mesti berjurai.. awat jadi lagu tu.. semoga adik Amir selalu di lindungi Allah subhanahu wata’ala insyaallah.. amin ya rabbil Alamin.. “
” Wow masih sama suara dia… Lama tak dgr amir nyanyi. Tangkap sampai hati terus nyanyiannya.. terbaik lah Amir… semoga berjaya dalam bidang yang diceburi.. “
” Wah lama xtgk adik kecik ni perform… still terbaik mendayu2 unuk.. slmt pengantin baru cikgu.. smg berbahagia hgga ke jannah.. “
” Lama dah tak dengar suara Amir.. sedap suara Amir, sampai tak perasan pun tak ada muzik.. Nk sangat dengar Amir nyanyi lagu korban perceraian.. “
” Lama tak dengar suara Amir.. tetap merdu dan mendayu dayu.. Kalau dia nyanyi memang sedih.. biarlah lagu apa pun, serius sedih.. “
” Napa dah lama Amir tak buat show.. rindu suara Amir.. semakin merdu suara Amir.. semoga terus berjaya Amir.. “
” Rindu suara Amir.. lama sangat tak dengar cerita Amir ni.. Suara dah abang-abang.. tapi merdu tu tetap sama.. “
Terubat kerinduan warganet untuk mendengar suara Amir. Lunak yang sama dan tetap menyentuh hati ramai dengan alunan suara itu. Semoga Amir terus maju jaya baik dalam pelajaran mahu pun bidang nyanyian dan menjadi kebanggaan keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amir Sisi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen


