Artis / Selebriti
” Lain macam skill Tiara lipat seluar tu. Ada je sel otak dia berjalan kan, haha.. ” – Komen Netizen

Video Anak Achey Bocey, Tiara Zinniriah membantu ibunya mengemas pakaian untuk pulang ke kampung buat ramai terhibur. Part last sekali tu tak sangka. Tiba-tiba terbang terus seluar masuk dalam beg. Berdekah dibuatnya, random betul Tiara ni, haha..
Bagi yang mengikuti Instagram pelawak Achey Bocey, pasti mengetahui yang Achey sering berkongsikan video momen-momen mencuit hati bersama anaknya, Tiara Zinniriah. Gelagat Tiara yang bersahaja dan kelakar seperti ayahnya membuatkan ramai terhibur.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik isteri Achey iaitu Anne, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Tiara sibuk mengemas pakaian untuk pulang ke kampung. Menerusi video itu, kelihatan Tiara sedang mahu melipat seluarnya.
Namun cara Tiara melipat seluar itu mencuit hati ramai. Kelihatan Tiara telah menyembur minyak wangi dan menggunakan sikat untuk merapikan seluar tersebut sebelum dilipat. Kedengaran suara Anne ada bertanya kepada Tiara mengapa buat seperti itu.
Ramai peminat mengatakan Tiara seorang anak yang baik. Meskipun baru berusia 6 tahun, Tiara sudah mahu membantu ibunya melakukan pelbagai kerja rumah. Sehingga kini, video Tiara ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@anne_achey21 Tiara kemas baju nak balik kg,tapi buat mama terharu 🥹😭 mama syg kakak ❤️ @tiaracandy_official @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji sikap rajin Tiara. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Lain macam skill Tiara lipat seluar tu. Ada je sel otak dia berjalan kan, haha.. Terrkedu acik tgk kau campak gitu je Tiara hahahahahhaa.. “
” Good girl Tiara, sejuk je hati tengok sikap rajin dia.. Semoga Tiara menjadi anak yang sollehah dan selalu berbakti pada org tua aamiin.. “
” Comelnye Tiara… Suka tengok Tiara.. Cerdik berfikiran macam orang dewasa.. Semoga Tiara jadi anak yang baik pada ayah dan ibu.. “
” Ooo mcam tuuuu ekk.. Nnt acik nak cuba hehe.. Pandai pula guna sikat nk bagi cantik seluar tu sebelum lipat.. Tiara, Tiara.. Cerdik betul.. “
” Bagus cara Anne dan Achey didik anak.. Simple sgt ,pakaian pun tak mewah, betul2 simple walau anak seorang artis .. MasyAllah semoga anak comel ini membesar menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.. “
” Pandainya anak solehah ni, hehe tak pernah tak kelakar kalau tengok gelagat Tiara.. Dah besar, dah pandai berdikari dia sekarang ni.. “
” Kakkkkkkkkk Tiara… Gitu endingnya… Adoi la anak solehah cerdik seketol ni, hahahahahaa terhibur kita tengok tau.. Bertuah punya anak.. “
Part last masa seluar ‘terbang’ itu mencuit hati ramai. Apa-apa pun, bagus didikan Achey dan Anne kepada Tiara. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kecil-kecil begini sudah rajin, inshaAllah apabila besar nanti akan selalu membantu Achey dan Anne melakukan kerja rumah.
Silakan SHARE..
Sumber :IG & Tiktok anne_achey_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Jarang-jarang jumpa orang bahan diri sendiri ni. Sakit perut ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago
” Menyala YB Saddiq. YB betul-betul protect Bella. Takut dengar sound last tu.. ” – Komen Netizen