Artis / Selebriti
” Lain daripada lain ni cara berkempen ni YB Barkoba.. ” – Netizen
Turun Padang Raih Undi ABPBH, Ramai Terhibur Melihat Gelagat Bell Bersama Peminat. Memang Sempoi Dan Selamba Sangat Bell. Siap Bell Sendiri Pula Tekan Undi. Dalam Berkempen Pun Sempat Melawak !!
Sejak akhir-akhir ini, nama Bell Ngasri dilihat menjadi sebutan ramai orang di media sosial. Ramai yang menjalankan kempen untuk mengundi Bell sebagai pemenang untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Bell telah dicalonkan dalam kategori Artis Komedi Popular dan bersaing dengan beberapa calon lain seperti Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli. Meninjau ke akaun Instagram, Bell memuatnaik videonya berkempen untuk ABPBH di sebuah pasaraya.
Kehadiran Bell membuatkan ramai peminat mengambil peluang untuk bergambar dengannya. Tidak hanya bergambar, Bell turut berkempen untuk mengundinya. Dapat dilihat sememangnya ramai yang berada di situ mengundi Bell pada waktu itu juga.

Perkongsian ini telah menerima lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Tidak mengira usia daripada tua hingga ke kanak-kanak meminati Bell. Sambil berkempen Bell tetap membuat lawak dan menghiburkan mereka yang berada di sana.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang turut menyatakan bahawa mereka mengundi Bell walaupun sebelum ini tidak pernah mengundi untuk ABPBH. Antara komen-komen yang diberikan :
” Ini bukan menang kategori… boleh sapu keseluruhan niiii.. Betul punya kempen ni weyy haha.. Tapi bellngasriofficial mmg layak.. Jom kasi undi kaw2 lagi…. “
” Hidup Yb Berkoba Sya non muslim klau Bell menang ni kali tahun dpn sya akan berpuasa 1 hr sbb nak Bell belnja lunch.. “
” Macam gini kalau tak menang. Nnt senasib KJ lah. Menang selfie kalah undi. Siap ye netizen Haha.. YB Barkoba paling menyerah bebanding YB2 yg bertanding PRN… aku dah undi utk YB Barkoba.. “
” Pergh ingatkan yb je kempen cayalah bell bellngasriofficial.. Lain drpd lain ni cara berkempen ni YB Barkoba.. Fuhhhh betul2 YB ni… rajin turun kawasan nak raihh undi.. “
” Selalu tak layan sgt ABPBH.. Tapi kali ni kene tengok jugak.. Sebab kalo Bell menang nak jerit Yak Yak Yehhh.. kalau bell menang aku botakkan kepala adik aku.. “
” Sempat buat lawak sambil pancing undi.. komedi confirm memang dah bang.. kau ada harapan cerah menang ABPBH juga ni.. “
” Bell memang lawak… he also humble.. gossip & kontroversi pun tada.. Hope you win abg bell.. tgk abg bell dari kecik sampai skg pun masih kecik.. “
Tidak mustahil Bell bukan sahaja memenangi kategori Artis Komedi Popular tetapi boleh menjadi Bintang Paling Popular. Semoga kejayaan milik Bell dan Bell sememangnya layak untuk memenanginya setelah sekian lama terlibat dalam industri seni.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

