Artis / Selebriti
” Lagu Dua Lipa, baju Wednesday, rambut Kak Limah. Kemah bohhh, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat mencuit hati anak Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha mahu meniru gaya penyanyi Dua Lipa buat ramai terhibur. Amboi Lala, dah macam tengah praktis nak masuk Anugerah Juara Lagu. Comel sangat, hehe..
Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi Ernie Zakri, pasti mengetahui yang Ernie mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Khawla Soleha. Kini, Khawla telah berusia 2 tahun lebih dan membesar sebagai seorang anak yang cerdik dan petah bercakap.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik ernienator.my,telah dikongsikan video yang memaparkan telatah lucu Khawla. Menerusi video itu, Khawla yang kelihatan begitu comel mengenakan baju berwarna hitam sedang cuba meniru gaya penyanyi Dua Lipa menyanyi.
Pada awalnya, Khawla membuat gaya badan dan sesekali matanya dipejam seolah sedang menjiwai lagu yang didengarinya. Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ada yang mengatakan terhibur melihat telatah Khawla.
Bukan itu sahaja, melihat gelagat comel Khawla itu, ada yang berseloroh mengatakan Khawla nanti akan menjadi penyanyi yang lebih ‘gempak’ berbanding Ernie dan Syame. Sehingga kini, video Khawla itu telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (Klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ernienator.my Lala dah ready ni tengah practice nak masuk AJL ♥️ lagu dua lipa ya, she taknak kalah 😆 #erniezakri #syamel #khawlasoleha #ajl39 #randomvideo #fyp #foryoupage
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Khawla tersebut. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Lagu Dua Lipa, baju Wednesday, rambut Kak Limah. Kemah bohhh, haha.. Comel betul gelagat Lala, kita tengok pun ketawa tau.. “
” 3 dalam 1. tngok Khawla, ada Ernie dan Syamel sekali.. Hahhaha.. Ingatkan tadi Lala nk buat tarian Wednesday, acik punya lah tunggu nak tengok.. “
” Khawla…. Hahhahaha.. iap tiru lagi gaya penyanyi btulkan ear monitor.. Amboiii kalau gaya macam ni, kalah lah ibu dan daddy nanti.. “
” Dengan muka serious.. Aduss la.. Ambik mood tgh in character la tu.. Geram pula kita tengok budak comel ni, hahaha gaya tu paling tak tahan.. “
” Amboi… Nmpk lagi berani dari mak & nenek saudaranye… Gaya tu mahal.. Agaknya Ernie masa kecik mcm ni kot.. Suka bergaya.. Nyanyi menari.. “
” Comelnya Lala.. Amboii AJL terus, hahahahhaa. Tengok Lala memang versi Syamel betul.. Perangai kelakar tu sebiji anak bapak betul.. “
” Dgn mata2 dia skali eh.. Kenape awak comel sangat Lala… Darah seni kuat sangat nie.. Nanti besar jadi penyanyi lagi gempak lah lawan mak dan ayahnya.. Hehehe..
Patut lah ramai yang terhibur dan geram melihat Khawla, telatahnya sangat comel dan mencuit hati. Untuk info. sejak dilahirkan lagi, Khawla mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangannya. Apa-apa pun, semoga Khawla terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ernienator.my, IG erniezakri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Sedih tengok Amad. Tiba-tiba dia sakit, pelik kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kenapa aku pun keluar air mata ni. Terkesan dengan pesanan abah Amira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago
” Ya Allah nangis saya dengar, sampai macam tu keadaan Amad. Allahu kesiannya Amad.. ” – Komen Netizen