Artis / Selebriti
” Kuat betul vibes family diorang ni. Syok senyum sengih, sampai ke maknya, auto sebak.. ” – Netizen
Watie Hanifiah Kongsi Video Suasana Bersalaman Pagi Raya Bersama Keluarga Shuib Dan Raissuddin. Ada Part Lucu, Ada Juga Part Drama Air Mata. Raissuddin Siap bagi Warning Kat Shuib. Part Watie Dengan Ibu Shuib, Mama Salmi Tu Paling Sayu !!
Menerusi akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana pagi Syawal Watie bersama Shuib dan keluarga besar mereka. Tahun ini, mereka turut beraya bersama-sama Mama Salmi, Raissuddin dan adik-adik arwah Siti Sarah.
Seperti keluarga lain, pagi raya lebih-lebih lagi ketika sesi bersalaman ini tentu ada sahaja gelagat yang mencuit hati. Bukan mudah untuk mengungkapkan segala kesilapan, silap hari bulan boleh ‘banjir’ air mata dibuatnya. Tetapi keluarga Shuib ini penuh dengan keceriaan.
Watie sememangnya suka menyakat anak-anak, ada sahaja yang menggeletek hati warganet melihat telatah Watie bersama Uwais, Talita dan Matin. Ketika Watie bersalaman dengan ibu Shuib, tak semena-mena termenangis pula mereka berdua. Riuh rendah semua mengusik Mama Salmi dan Watie.

Part Shuib bersalaman bersama abah Raissuddin juga mencuit hati. Sempat abah Raissuddin warning kepada Shuib supaya tidak garang dengan Watie. Sayang betul abah Raissuddin pada Watie, seperti menyayangi anak kandungnya sendiri. Watie ada backup besar lah sekarang, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Geram prangai watie ni tau haha selamat hari rayaaa. semoga dlm kenikmatan selalu watie bahagia dunia akhirat.. ”
” Aku sedih tgok mak Shuib nangis, merobek hati. Kuat betholl vibes family diorang ni.. syok2 senyum sengih, sampai ke maknye… auto sebak.. ”
” Supportive btoi.. dengan mummy dia skali huru hara haha.. Sepanjang tgk bideo ni, i senyum jek.. suke tengok.. ”
” Riuh nyaa , vibes raya betul. Tebal betol sampul raya depa noo.. Suka tgk watie layan ank2 arwah mcm ank2 dia sendiri.. ”
” Sya pulk yg berjurai airmata msa slm ngan mama salmi.. tersentuh jiwa teringt arwah ct sarah al-fatihah tuk arwah.. ”
” Kita yg menangis, beruntung yg masih punya ibu ayah.. best Ada mak yg selalu ceria Mcm ni. Anak2 pun Türüt happy.. ”
” Sebak pula saya tengok tapi dalam masa sama nak tergelak dengan gelagat masing-masing. tawa dalam tangisan betul.. ”
Kuat betul ikatan kasih sayang antara semua ahli keluarga Shuib dan arwah Siti Sarah ini. Ini baru betul tawa dalam tangisan, rasa sedih tetapi gembira ada keluarga yang begini. Semoga hubungan baik ini sentiasa dirahmati Allah dan berbahagia selalu hendaknya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen



