Artis / Selebriti
” Ku ingat Abang Long dengan Kak Long, rupanya Pak Long dengan Mak Long.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Vida dan Roslan Shah disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar serta lagu Selamat Pengantin Baru ketika tiba di konti Era buat ramai terhibur. Wah betul-betul macam vibe pengantin baru DSV dengan Cik Lan, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian beberapa buah video yang memaparkan ketibaan Dato’ Seri Vida dan Roslan Shah di konti Era telah membuatkan ramai terhibur. Mereka disambut dengan kompang dan bunga manggar seperti di majlis perkahwinan.
Kedua-dua figura ini menjadi jemputan untuk segmen 3 Pagi Era dan sambutan ini sangatlah unik dan menghiburkan. Apa yang menarik Dato’ Seri Vida dan Roslan atau mesra dipanggil Cik Lan sangat-sangat sporting dengan kejutan sebegini.
Sebelum ini, pernah tular sebuah video yang memaparkan mereka berdua melakukan aktiviti walk night sehingga Dato’ Seri Vida terpeluk Cik Lan kerana terkejutkan sesuatu. Sejak itu, para peminat mula mengusik tentang hubungan mereka berdua.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Malah ketika sesi temubual ada yang mengusik adakah hubungan daripada rakan paranormal kepada rakan serumah pula.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang merestui hubungan Dato’ Seri Vida dan Cik Lan. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Ku ingat Abang Long dengan Kak Long, rupanya Pak Long dengan Mak Long.. Kalau ade jodoh tak kemana. Kalau rasa nak buat teman sehidup semati. Kami setuju.. “
” Kalau ada.jodoh tk kemana doakan yg baik buat cik lan dan dato sri vida Aamiin .. Dato vida tak make up lg cantik…natural beauty keep it up dato.. “
” Oh yang ni ke smlm tu. ingatkan siapa semoga yg baik baik je utk diorang berdua. Nampak sesuai jugak tu .. Cinta berputik di paranightwalk diakhiri dipelamin .. “
” Harap berjodoh…mesti bahagia ke jannah…sama sama ade vibe happy n pandai meniaga…selamat pengantin baru. make up macam ni! I likee.. “
” Omg! Keluar air mata aku gelak tgk ni. Kelakar down content ni.. Teringat ayat kacak.. Apa shaja y membahagiakan mama die tak kisah.. Mama layak bahagia.. “
” Terbaikkk..moga berjodoh betul2…serasi sgt da ni.. Memang kelakar cik lan dan DSV ni.. Taksia2 ciklan ckp ngan fatah dyorg suka sama suka , tahu2 nak kahwin .. “
” Nabil ngan Azad dh mcm Sudin ngan Ajis..kuat menyakat.. Cik Lan terkejut pakai pampers tak?oppppssss gurau jea…..so cute idea siapalah ni.. “
Apa-apa pun, kedua-duanya sangat sporting dan kelakar. Bak kata pepatah, kalau sudah jodoh pasti tidak akan ke mana. Jodoh dan pertemuan sudah ditentukan oleh Allah SWT. Kalau serasi apa salahnya kan, hehe. Semoga yang baik-baik buat DSV dan Cik Lan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman


