Artis / Selebriti
” Kita kehilangan seorang insan yang pada pandangan Sam.. ” – Shaheizy Sam
Perkongsian Shaheizy Sam selepas selesai pengebumian jenazah arwah abang iparnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin buat ramai tersentuh. Sebaknya dengar perkongsian Sam..
Tanggal 5 Disember 2025 bakal menjadi tarikh keramat untuk seluruh keluarga arwah Datuk Seri Bung Moktar Radin. Pemergian DS Bung kerana komplikasi buah pinggang mengejutkan semua. Tidak hanya keluarga, malah rakyat juga berasa sedih dengan pemergian pemimpin kesayangan ramai ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shaheizy Sam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan memori Sam bersama arwah abang iparnya itu. Sam turut berkongsikan video perjalanan akhir arwah DS Bung hingga selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu.
Sam memulakan videonya dengan ucapan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan takziah kepada mereka sekeluarga. Sedikit perkongsian Sam mengenai DS Bung menyentuh hati warganet. Sisi lain seorang yang bernama Bung Moktar yang tidak diketahui oleh orang luar.

Kata Sam, DS Bung memiliki hati yang cukup baik. Mungkin di Parlimen, sikapnya nampak kasar tetapi di rumah dan bersama rakyat, DS Bung sangat berbeza. Satu demi satu kebaikan yang dilakukan secara senyap oleh DS Bung diceritakan dan permegiannya ini memberikan satu kesedaran kepada orang ramai.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Maka nya jgn selalu judge orang.. Allah tak pilih luaran Allah pilih sekumpal darah (hati ) yg sejahtera.. Meninggal di hari jumaat yg sgt kita semua cemburui kema tian yg sedekian..semoga Allah letak kan beliau di kalangan orang2 yg beriman.. Aaminnn.. “
” Subhanallah… penuh masjid… Allah angkat darjat arwah… ramai org syg asbab kebaikan arwah… salam takziah utk semua ahli keluarga… Alfatihah.. “
” Apa yg sy perasan arwah murah dg senyuman, senyum itu sedekah.. Semoga arwah ditmpatkan bersama para solihin.. “
” Kema tian yang menghidupkan.. tak pernah berjumpa tapi sangat terasa kehilangannya. satu demi satu kebaikan yang arwah buat diceritakan.. moga syurga tempatnya Bung Moktar.. “
” Tak tahu kenapa… kema tian nya benar-benar menyentuh hati… tersentuh hati saya sebagai seorang manusia.. duaa pemergian yg buat ak sebak . pertama arwah siti sarah , kedua arwah bungmoktar . tidak kenal , cumaa tau namaa , tp masaa dorg meninggal ak menangis . hebat amalan mereka.. “
” Pemergian beliau bagaikan ada satu tamparan bt kita.. zikirlah, bertasbihlah,berbuat baik sesama manusia tanpa di hebah, Allah maha mengetahui.. tdk perlu tnjuk kpd org, ckup Allah sahaja tahu… itu yg sy nmpk dr sisi arwah… kema tiannya sgt kita cemburu.. Allah beri pentunjuk bt semua. dia baik, tdk lupa tuhan.. “
” Saya tidak mengenali beliau secara peribadi tetapi pernah terserempak dgn Arwah beberapa Kali di Craven Bkt Antarabangsa. Sgt pemurah dgn senyuman orgnya. Berita pemergian beliau sangat dirasai oleh orang ramai.. “
” Al-Fatihah. salam takziah.. benarlah seperti apa yg arwah sebutkan. biarlah org xtahu. yg penting Allah tau.. “
Benar apa yang dikatakan oleh Sam, ketepikan semua fahaman politik dan diharapkan semua dapat mendoakan kesejahteraan arwah DS Bung di sana. Semoga syurga tempat arwah dan untuk DS Nor Asidah dan DS Zizie, moga terus diberikan kekuatan untuk menghadapi hari mendatang bersama anak-anak tanpa kelibat seorang suami dan ayah di sisi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shaheizy Sam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen

