Viral
” Kisah yang meruntun jiwa, hancur luluhnya hati seorang ayah anak harapan keluarga pergi dulu.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Perkongsian sepupu arwah Mohammad Aqil Taqiuddin (UPSI) mengenai keperibadian Aqil buat ramai tersentuh. Part kegembiraan ayah Aqil ketika Aqil dapat tawaran masuk UPSI tu paling sebak. Harapan tinggal harapan kerana Aqil telah pergi selamanya..
Bagi keluarga mangsa nahas tragedi bas terbalik di Gerik Isnin lalu, ianya seakan mimpi apabila anak-anak mereka dikhabarkan terkorban. 15 orang pelajar menjadi korban nahas ini dan setiap daripada mereka mempunyai kisah hidup yang menyentuh hati ramai.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Syahmi Rossdi iaitu sepupu kepada salah seorang mangsa, arwah Mohammad Aqil Taqiuddin, telah dikongsikan cerita mengenai sifat sepupunya itu. Aqil digambarkan seorang anak yang baik dan selalu menyenangkan kedua ibu bapanya.
Kata sepupu Aqil, ayah Aqil yang paling gembira ketika Aqil menerima tawaran belajar di UPSI 2 tahun lalu. Aqil anak yang berpotensi dalam pelajaran dan diharapkan dapat merubah nasib keluarga mereka. Ayah Aqil hanya lah seorang pekerja kontrak kebersihan.

Ibu Aqil pula seorang tukang sapu di sebuah sekolah di sekitar Terengganu. Kepayahan hidup mereka membuatkan Aqil banyak berdikari mencari wang saku sendiri. Tambah sepupu Aqil lagi, Aqil banyak bekerja part time ketika cuti untuk mencari wang. Hasilnya Aqil dapat membiayai lesen memandu dan membeli motor dengan duit hasil titik peluhnya sendiri.
Jom tonton video di bawah :
@syahmirossdi Genap seminggu tragedi, sedikit tentang sepupu saya Al Marhum Mohammad Aqil Taqiuddin Bin Mohd Sopian. Anak ke-3 dari 6 beradik, satu-satunya yang berpotensi dalam akademik, bermula di Sekolah Menengah, Matrikulasi sehingga ke UPSI, pastinya menjadi harapan membela nasib keluarga. Ayahnya (Mohd Sopian) pekerja kontrak kebersihan, diuji kesihatan berpanjangan, keluar masuk hospital. Ibunya tukang sapu di SK Gong Bayor. Dua tahun lepas, bila Al Marhum dapat tawaran ke UPSI, si ayah amat gembira, bercerita dgn cerita kepada hampir setiap orang yang ditemui, tanya macamana belajar di U, dan bertanya kosnya kerana menyedari kemampuan diri. Sokongan keluarga, pinjaman pembelajaran menghilangkan keresahan. Al Marhum pula tidak pernah menyusahkan Ibu bapa. Kos bayaran lesen memandu, kos beli motorsikal semuanya hasil titik peluhnya, bekerja semasa menunggu result SPM, dan setiap kali cuti semester. Kerja angkat barang, kait sawit, potong rumput, gaul simen, buat rak bunga. Mulianya jiwa anak ini. Allah pinjamkan dia sekejap sahaja kepada ibu bapanya dan kepada kami semua. #anaksyurga #fyp #upsi
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Semua mreka yg tlh pergi ada kisah yg baik² dlm hdup mreka.. sebak hati dgr kisah² stiap Dr mreka.. smga arwah serta kwn² yg pergi dtempatkn brsma org² beriman Dan beramal soleh.. Aamiin.. “
” Allahu…sebaknyaaaaa…terkesan sungguh cerita setiap sorang Arwah. Syurga buatnya. InsyaAllah…ada cara nak bantu family Arwah anak ni? mohon share ye.. “
” Ya Allah.. kesemua 15 ni mempunyai cerita yg sangat menyentuh perasaan, sebab tu la xboleh move on lagi.. alfatihah untuk semuanya.. berehadlah semua di sana.. “
” Allah, gigihnya arwah, tingginya harapan arwah nak ubah nasib keluarga.. pernah beli air balang dgn arwah kt bazar Ramadan kg raja.. Alfatihah syurga buat mu dik.. “
” Kebanyakan anak² syurga UPSI semuanya adalah anak harapan keluarga… tp percayalah anak² ni dh mendapat tempat yg terbaik di akhirat kerana Syahid sbb meninggal asbab menuntut ilmu.. “
” Allahuakbar.. Anak yg menyenangkan ibu ayah, baik budi pekerti.. Semua syurga tertinggi buat arwah adik Aqil juga sahabat2 yg lain.. “
” Arwah selalu belanja kawan dia dan tak pernah berkira pun dgn kawannya. tak pernah sekali pun merungut tak ada duit. masa bulan puasa kerja pagi petang. kerja kat bazar ramadhan.. “
” Ya Allah. Satu satu kisah anak anak UPSI ni meruntun jiwa. hancur luluhnya hati seorang ayah anak yang dibanggakan pergi dulu.. anak harapan keluarga.. al fatihah buat arwah.. “
Tak tergambar sedihnya di hati seorang ayah apabila anak yang diharapkan untuk mengubah nasib keluarga dijemput pulang oleh Yang Esa. Sesungguhnya ada hikmah setiap apa yang terjadi dan semoga arwah Aqil berbahagia di taman syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syahmirossdi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
