Artis / Selebriti
” Kira sekali jumpa dia terus macam, mungkin dia. Dalam kata tak nak, tak nak.. ” – Fauziah
Video ibu Shila Amzah, Puan Fauziah Sarman bersama suami barunya berkongsi cerita di awal detik perkenalan mereka. Wah, rupa-rupanya ada yang kenen-kenenkan..
Selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, ibu kepada penyanyi terkenal Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman, akhirnya bertemu jodoh pada usia 57 tahun. Pada dua hari yang lalu, Fauziah selamat mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihannya, Brigedier Jeneral Tuan Zainal Abidin Muhammad Saleh dalam satu majlis yang berlangsung penuh sederhana namun bermakna.
Terbaru, sebuah video temubual pasangan pengantin baru itu yang dikongsikan di akaun Instagram Media Hiburan. Menerusi video berkenaan, Fauziah dan suaminya berkongsi kisah bagaimana mereka dipertemukan. Rupa-rupanya diatur oleh pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan. Pertemuan yang tidak dirancang itu menjadi titik permulaan hubungan mereka.
Menurut Fauziah, tempoh perkenalan mereka sangat singkat. Tidak sampai sebulan selepas berjumpa, Tuan Zainal telah meluahkan hasrat untuk memperisterikannya. Ketika itu, Fauziah mengakui dirinya langsung tidak memikirkan soal perkahwinan, namun kehadiran lelaki itu dalam hidupnya membuatkan Fauziah akhirnya terbuka menerima jodoh yang datang.

Walaupun kelihatan seperti keputusan yang cepat, Fauziah menegaskan bahawa ia bukanlah tindakan yang terburu-buru. Baginya, tempoh yang panjang belum tentu menjamin untuk benar-benar mengenali seseorang. Pasangan itu turut berkongsi bagaimana penerimaan anak-anak mereka terhadap keputusan untuk berkahwin.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata ucapan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah. Sama2 single. Tumpang happy tengok pengantin baru ni.. Semoga terus happy dan kekal hingga ke jannah..
” Dia senyum sama mcm senyuman husb baru bonda rozita. Hahaha tahmiah mamazie dan husbd.. Pelangi allah beri slps mendung.. “
” Alhamdulillah, jodoh ketentuan ALLAH SWT.. Tahniah buat Mama Shila n suami.. Sya doakan semoga kalian kkl bahagia hingga ke Jannah Allah.. “
” Masyallah Tabarakallah sesuai sgt.. Alhamdulilah Tahniah.. Semoga perkahwinan ini akan till Jannah mama zie.. “
” Soft spoken Tuan B. Jeneral.. Tersentuh ayat tuan.. Kalau dapat yang baru, anak tak bahagia, tak guna juga.. Itu betul.. “
” Allah maha mengetahui.. Dapat handsome dan berkerjaya.. Apabila kita bersabar atas apa yang telah berlaku.. Tahniah.. “
” Saya senyum sorang2.. Moga bahagia hingga ke syurga hendaknya kalian.. Fauzih ni memamgn lawa dari muda lagi.. “
Jodoh pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Kalau sudah jodoh, pasti tidak akan ke mana. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Puan Fauziah dan Tuan Zainal. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal bahagia, diberkati, dan dipenuhi kasih sayang hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

