Connect with us

Artis / Selebriti

” Kesian Watie, nampak sedih dekat wajah dia.. ” – Komen Netizen

Perkongsian Watie Hanifiah pengalaman berpantangnya pada hari pertama tanpa baby buat ramai tersentuh. Sedih tengok muka Watie, suara tu dapat rasa sedihnya hati Watie berpantang tanpa anak..

Semua wanita mengimpikan untuk hamil dan melahirkan zuriat sendiri. Namun ada juga yang tidak bernasib baik dan mengalami keguguran. Itu lah yang sedang dialami oleh isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah. Watie baru sahaja keguguran pada 11 Mei baru-baru ini.

Menerusi perkongsian terbaru Watie di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Watie berkongsi pengalaman berpantangnya pada hari pertama. Perit dan pedih rasanya berpantang tanpa baby di sisi, hanya yang pernah melaluinya yang mengetahui perasaan Watie.

Kata Watie, sedih berpantang tanpa baby tetapi hidup perlu diteruskan dan dijalani dengan hati yang redha. Watie menunjukkan lauk pantang yang disediakan oleh Cassia confinement care yang diupah oleh Watie. Thalita juga kelihatan berada bersama Watie dan setia menemani mummynya.

Watie merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya. Perkhidmatan jagaan selepas bersalin ini ditempah pada asalnya untuk Watie selepas melahirkan, namun semuanya terjadi di luar perancangan. Watie turut memaklumkan dia akan berpantang selama 2 minggu.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Sayang mommy.. Insya-Allah ada rezeki nanti, mana tahu twins terus kan. Aamin,, take care mommy.. “

” Kesian watie.. nampak sedih kat wajah dia.. semoga watie cepat sihat & diberikan rezeki lagi… orang baik Insyaallah ALLAH sayang.. “

” InsyaAllah mummy kuat. Baby di syurga menunggu.. moga diberi rezeki rainbow baby dan anak yang ramai amin.. “

” Insyaallah, ada rezeki dilainkali mcm adik ipar saya, 3 bln lps gugur trs sangkut lg now anak dia 3 org.. “

” Selamat Berpantang mommy .. sy dlu pn ank kedua gugur.. alhamdulillah suami ( bks suami ) yg jge.. alhamdulillah tk lme lps tu.. sy pregnant lgi.. sbar.. redha.. in sha Allah.. percaturan Allah.. DIA nk bgi yg lbh baik.. “

” Saya pernah merasa.. semoga bby kta sm2 menunggu d pintu syurga.. Stay strong Mommy.. InsyaALLAH de rezeki lps ni.. Semoga Mommy n seluruh keluarga sentiasa diberi kesihatan. Mommy kuat.. “

” Alhamdulillah tengok mummy dah ok dah.. lepas ni mummy dapat lagi ramai baby.. aamiin.. enjoy ur pantang journey.. “

” 5 tahun lepas pun saya berpantang tanpa bby jugak.. saya faham perasaan mummy.. semga mummy watie kuat dan semoga ada rezeki baby lagi utk mummy lepas ni.. insyaAllah.. “

Segalanya sudah pun tertulis dalam takdir Watie dan ini akan menjadi pengalaman berharga untuk Watie selepas ini. Semoga Watie cepat sihat dan ramai yang mendoakan agar Watie hamil lagi nanti. Selamat berpantang dan jaga diri baik-baik Watie.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Watie HanifiahΒ  Β 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak