Artis / Selebriti
” Kesian Thalita, acik yang sedih tapi Thalita kena kuat. Daddy pun sebak tu.. ” – Komen Netizen
Video anak Shuib Sepahtu, Thalita menangis gara-gara komen negatif segelintir netizen yang tidak menyukainya buat warganet tersentuh. Kesian Dekta, kecil-kecil lagi dah kena hadap kecaman..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Thalita menangis dan mengadu beberapa komen kecaman yang diberikan oleh warganet. Thalita berasa sedih kerana kata-kata itu menyentuh mengenai daddynya.
Empunya komen ini juga turut mengatakan suara Thalita tidak bagus dan ramai lagi budak-budak lain di luar sana yang lebih berbakat daripada Thalita. Tidak itu sahaja, nama Shuib juga turut dipetik dalam komen itu kerana dikatakan menggunakan anak.
Shuib cuba menenangkan Thalita dan meminta agar Thalita mengabaikan sahaja semua komen itu. Mereka ada tugasan malam ini di Tiktok dan keadaan Thalita ini merisaukan Shuib. Warganet yang menonton video ini menzahirkan rasa kasihannya kepada Thalita kerana perlu mengadap kata-kata negatif sebegini.

Betul kata Shuib, tidak semua hari indah dan akan ada hari yang kita akan bersedih. Yang penting, Thalita perlu teruskan sahaja apa yang telah diusahakan dan tidak perlu dilayan semua haters. Warganet turut memberikan kata-kata semangat untuk Thalita dan mengimbau Siti Sarah dahulu juga lagi hebat kecaman yang diterima.
Jom tonton video di bawah :
@shuibsepahtu Tak semua hari kita indah,ada hari yg kita akan bersedih sayang.Takpe,insyaAllah kita jalan je,kita buat je keje kita.Yang komen tu pon fake account,klu btol nak nasihat DM la,tak pon ckp la depan2,baru la kena cara.Takpe Thalita,insyaAllah akan ada yg support Thalita ok.Korang masok Live Thalita mlm ni ok,support tau,kita jumpa 8.30 mlm dkt Live Tik Tok sy.Dah Thalita,jgn nangis,moving farward,kita ada byk keje nak buat lagi 😄 @Thalita_Shuib @ayunieso24
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 4o ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Abaikan dekta Komen mcm tu.. kerana rmai lg yg suke pada dekta sekeluarga.. semoga dekta mnjadi penyanyi no1 dimalaysia suatu hari nanti.. aminn.. “
” Dia berkata begitu sbb dia tak berada seperti kamu nak… jgn kerana hiraukan segelintir orang tak suka kamu.. tapi hilang semua orang yang sukakan kamu.. hargai yang ada dekta.. “
” Dik, arwah ibu awk lagi la sebelum nk naik kena kecam mcm2.. so awk kena ambik semangat ibu awk.. abaikan mulut org teruskan asah bakat tau.. kami semua support thalita.. “
” 1 yg kecam 10ribu ada blkng kamu syg.. terus kan perjuangan adik thalita.. don’t give up thalitaa, abaikan mulut” manusia yg dengki tu, kita org support u dari belakang.. “
” Dekta dlu arwah ibu dekta pon mse mula2 nk JD artis Ade jugak kecaman, Ade body shaming, tpi ibu dekta sabar. dia abaikan.. so dekta, abaikan ya.. kuat mcm ibu ok. dekta kuat.. abaikan toxic people.. “
” Kesian dia.. Netizen pun.. Biar la dia, dia pun berhak bahagia. acik yg sedih ni, tp kita kena kuat syg.. daddy pun sebak tu.. “
” Fly high anakanda. U know who you are. Cikgu support awak… Kemenjadian murid berhasil. Usaha gigih berlatih tanpa jemu. Mencari guru untuk improve. Kita takkan maju dgn kata2 org. Bring it on girls.. “
Jangan ambil peduli semua komen toksik yang dilemparkan dan semoga Thalita akan bersemangat sebagaimana arwah ibunya dahulu. Ramai yang menyokong Thalita dan ingin melihat Thalita berjaya. Sentiasa semat dalam diri Thalita, Thalita berbakat dan buktikan kepada haters Thalita boleh berdiri atas kaki sendiri.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


