Artis / Selebriti
” Kenapa rasa sedih sangat tengok video ni. Kebahagiaan yang selayaknya buat Bella dan anak anak.. ” – Komen Netizen
Bella Astillah kongsi video moment indah anak-anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna menyertai Ironkids di Langkawi. Banyak memori indah tercipta antara mereka bersama insan istimewa, YB Syed Saddiq. Part YB Saddiq layan Ara tu sweet sangat..
Pada hari Jumaat yang lalu, Bella Astillah membawa anak-anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna ke Langkawi untuk menyertai kejohanan Ironkids. Bella turut ditemani kedua ibu bapanya dan juga insan tersayang, YB Syed Saddiq yang turut ke sana untuk Ironman 2025.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan dari awal perjalanan Bella bersama anak-anak ke Langkawi. Setibanya di sana, banyak masa diisi dengan membuat latihan untuk Ayden bersama YB Saddiq.
Keikhlasan YB Saddiq melayani dan menyayangi Ayden dan Ara menyentuh hati warganet. Anak-anak Bella ini juga menjadikan YB Saddiq sebagai idola mereka. Adik dan abang ini berjaya menghabiskan cabaran untuk Ironkids itu dan ianya membanggakan hati Bella.

Kapsyen Bella juga mencuri perhatian warganet. Kata Bella, melihat kegembiraan Ayden dan Ara sepanjang berada di sana tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kasih sayang yang ikhlas daripada orang sekeliling mereka perlahan-lahan mengubati kelukaan yang pernah terjadi dalam hidup Bella dan anak-anak.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” I’m happy for you. You deserve all the happiness in the world. Syed Saddiq is not a step father, he is a father who stepped up.. “
” Betapa YB sangat menyantuni ank² bella. Sweet moment yb potong buah utk ara.. Semoga Allah berikan yg terbaik buat bella dan YB Aamiinn.. “
” Lepas ni, dari coach dah boleh tukar jadi papa saddiq.. Saya nampak bellaastillah ironmom, syedsaddiq ironman dan dan anak-anak Ironkids.. “
” Kenapa rasa sedih sgt2 tgk video ni bellaastillah .. Semoga kehidupan kamu dimasa hadapan penuh dengan kebahagiaan.. “
” Love the way YB suap ara buah tu.. melts my heart, sis cair.. ara memang papa saddiq girl sangat.. sayang betul yb pada si ara tu.. “
” Ahhh happynya tengok, kebahagiaan yang selayaknya buat Bella dan anak anak.. Happy tengok yb layan anak2 bella.. didoakan semoga berjodoh yb dan bella.. aminnn.. “
” Tumpang gembira tgk family Ironman ni.. Habis semua di iron kan oleh YBSS… happy sangat tengok moment anak-anak dengan bella dan ybss sampai tak sedar menangis.. korang layak bahagia.. “
Dalam gembira terselit juga rasa tersentuh warganet melihat kebahagiaan Bella dan anak-anak sejak kehadiran YB Saddiq dalam kehidupan mereka. Semoga yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini dan seluruh keluarga dan semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti5 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aiyokkk Tokwi dah bunyi. Bapak sound halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen

