Viral
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
Video Khairy Jamaludin bertanya kepada wartawan, Safwan Sawi yang membuat liputan kes ini, kenapa tiada bedah siasat ke atas jenazah Zara Qairina dari awal. Jawapan yang Safwan terima daripada peguam ibu Zara mengejutkan ramai..
Hangat dengan kes Zara Qairina, team Bekpes Hot iaitu Khairy Jamaludin, AG, Johan dan Fara Fauzana mendapatkan wartawan TV3, Safwan Sawi yang membuat liputan kes ini. Banyak yang dibincangkan dan dibahaskan sepanjang perbualan ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan KJ bertanyakan kepada Safwan salah satu soalan yang bermain di fikiran rakyat Malaysia. Ujar KJ, mengapa tidak dilakukan bedah siasat pada peringkat awal kematian Zara.
Ini kerana jasad Zara ditemui dalam keadaan yang sangat mencurigakan yang mana ditemui jam 3 pagi dalam keadaan asrama sunyi dan semua pelajar sedang tidur, itu bukan keadaan yang normal. Kata Safwan, dia secara personal pernah bertanyakan hal itu kepada peguam ibu Zara, Hamid Ismail.

Ini kerana ada spekulasi yang timbul mengatakan ibu Zara bertegas tidak mahu melakukan postmortem pada waktu itu dan tidak bersetuju untuk menandatangani surat kebenaran proses tersebut. Ternyata segala spekulasi yang timbul semuanya naratif negatif yang cuba ditimbulkan oleh tangan ghaib dalam kes Zara ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Yang menjadi persoalan saya , siapa yg jumpa body , siapa yg bwa body ke hosp & knp org yg jumpa x ditahan dan disoal siasat, apa & siapa yg nak diselindung dan dilindungi tu.. “
” Malunya Kita Org Sabah.. Kita Ada Badan Uniform Begini.. Tidak Amanah Menjalankan Tugas.. Tidak Dapat Gambarkan Perasaan Puan Noriadah, Ibu Arwah Adeq Zara.. “
” Member aku baby mati & dia tak nak post mortem siap call kabel bagai untuk tak nak post mortem tetap wajib kena post mortem, tapi kenapa kes yg ini boleh tak post mortem terus ea, boleh skip pula.. “
” Terbaik hotfm976 bincang perkara ni.. its show how powerful the voice of Malaysia citizens bila kita semua bersatu.. Mantap khairykj dan hotfm976 , jadi suara rakyat secara terang2ngan.. “
” Yupp.. polis kena jawab.. kematian mengejut.. why skip postmortem.. Sangat menantikan keputusan post mortem. Ramai yg buat spekulasi cetus persepsi tak kurang juga yg mengambil mengaitkan isu politik. Apapun, adik Zara menyatukan kita semua, menghidupkan jiwa-jiwa yg masih bernyawa. Justice for Zara.. “
” Cari polis yg mula2 ckp tak perlu bedah siasatan tu, kenape Dan sbb apa tak perlu bedah siasatan. Setahu sy under 60 Yr meninggal di Spital atau keraguan Kematianya akan di post moterm selain insurans.. “
” Terima kasih hotfm976 yg sudi bagi bandwidth utk suarakan isu ini. Kes ZARA QAIRINA memang terlalu banyak isu buat mudah dari sekolah, hospital, polis sampai ke tahap menteri…. Semoga ada KEADILAN utk keluarganya.. “
Soalan yang bermain dibenak fikiran rakyat jelata. Sedikit sebanyak integriti PDRM sebagai pelindung rakyat semakin goyah dan kepercayaan rakyat terhadap pihak berkuasa mula menghilang. Semoga ada keadilan untuk adik Zara Qairina dan yang bersalah akan dihukum dengan setimpal sekiranya ada kejadian buli itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hot FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen


