Artis / Selebriti
” Kenapa aku sedih ni. Video kenangan untuk Hamzah tengok dan dengar suara ayah bermanja dengan dia.. ” – Komen Netizen

Perkongsian video kenangan arwah Abam Bocey bersama anaknya, Hamzah buat warganet sebak. Sayangnya Abam pada Hamzah. Video paling berharga untuk Hidayah dan Hamzah. Touchingnya tengok..
Sudah bertahun-tahun arwah Abam Bocey pergi meninggalkan semua. Abam meninggalkan seorang balu, Hidayah dan satu-satunya zuriat mereka, Syed Uthman Hamzah. Ketika itu Hamzah baru berusia beberapa bulan dan hanya sempat mengenali dan bermanja dengan ayahnya ini sepanjang tempoh itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hidayah Hamzah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan salah satu video yang sempat Hidayah rakamkan ketika Abam masih hidup. Ianya moment manis antara Abam dan Hamzah. Melihat cara Abam melayani Hamzah jelas menunjukkan besarnya kasih sayang Abam untuk Hamzah.
Menerusi video ini, Abam menunjukkan cara untuk mengatasi masalah perut anak kembung. Hamzah yang masih bayi kelihatan terbaring di atas sofa. Wajah ceria Abam apabila bersama Hamzah tanda bahagianya Abam sejak kehadiran Hamzah dalam kehidupannya itu.
Menerus posting ini, tertera kata-kata Hidayah mengenai Abam memang sangat menyayangi anaknya itu. Namun kini semuanya hanya tinggal kenangan. Allah lebih menyayangi Abam dan itu adalah yang terbaik untuk Abam. Takdir sudah tertulis mereka dapat bersama setakat itu sahaja.
Jom tonton video di bawah :
@hidayah_hamzah Kenangann Ayah dgn hamzah… Arwah ayah mmg sayang sangt2 dekat anak dia.. kini hanya tinggal kenangannn #alfatihahsuamikusyedumarmokhtar #cintasyurga #suamikutersayang #kitabaikramaisayang #hidayahabamhamzah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 76 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Rasa macam Abam hidup lagi je.. Al-fatihah buat arwah abam.. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang² yg briman.. Aaminn.. “
” Ada jugak kenangan arwah abam bersama Hamzah.. pasti sekarang hamzah dah besar kan.. boleh hamzah tengok sayangnya ayah pada dia.. “
” Hamzah, semoga awak terus menjadi anak yang soleh.. Aamiin.. allahuakhbar kuatkn ank2 aku tanpa kasih sayang seorg ayah.. moga dapat kuat macam dayah.. “
” Terasa mcm arwah tu dok ada lagi haa… Alfatihah buat arwah Abam.. saya doakan abam di syurga abadi.. “
” Sebak tgk , muka hamzah skrg pun macam arwah abam. blh mengubat rindu.. al fatihah buat arwah abam bocey semoga tempat di syurga Amin.. “
” Selalu tengok maharaja lawak mega sbb Abam tapi sekarang jarang sebab bila tengok arwah Abam sedih .. al Fatihah arwah Abam.. “
” Kenapa aku sedih ni.. video kenangan untuk Hamzah tengok dan dengar suara ayah bermanja dengan dia.. semoga arwah abam tenang di sana.. “
Kini hanya video yang menjadi kenangan buat Hamzah. Bolehlah Hamzah melepaskan rindu kepada arwah ayahnya dengan menonton video-video yang sempat dirakam oleh ibunya. Semoga arwah Abam tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hidayah Hamzah, IG Hidayah Hamzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral6 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen