Artis / Selebriti
” Kena part Omma, macam macam bunyi dia buat. Omma dah nak hijau dah tu Rian, haha.. ” – Komen Netizen”
Video Maryam You Narae menyuruh anaknya, Rian menyebut perkataan ‘Omma’ buat warganet terhibur. Geram je Omma tengok bila Rian sebut Appa je. Pandai Rian mengusik Omma, hehe..
Maryam You Barae merupakan seorang selebriti media sosial, YouTuber dan personaliti TV yang berasal dari Korea Selatan. Kehidupan Maryam bersama suaminya, Ryzal Ibrahim dan anak-anak mereka, Nik You Rina dan Nik You Rian seringkali mencuri perhatian warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Maryamyunrrr, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Maryam bersama Rian. Pada fasa usia Rian, si kecil ini mula belajar bercakap dan perkataan yang sering diucapkan Rian adalah perkataan ‘Appa ‘.
Maryam kelihatan beberapa kali meminta Rian menyebut perkataan Omma, namun sayangnya Rian tetap tidak dapat menyebut nama gelaran untuk Maryam itu. Reaksi wajah Maryam yang geram mendengar ucapan Appa daripada mulut Rian itu mencuit hati warganet.

Ini yang sering dikatakan orang, ibu yang mengandung, tetapi nama ayah juga yang disebut anak. Rian juga sudah boleh menyebut perkataan ‘ kakak’. Sampai ke akhir video, Rian tetap tidak menyebut perkataan ‘ Omma’. Nasib lah Omma tidak bertukar menjadi Hulk gara-gara Rian, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Appa lancarrr je rian sebut eh. Kena part omma, macam macam bunyi dia buat.. Omma dah nak hijau dah tu haha.. “
” Apa yg dia anti sgt dgn OMMA ni eh..hahahha kesian Maryam. Nanti mintak Rizal pulak ckp omma dia nak tak ikut? haha.. “
” Pandai dia usik oma dia.. jangan buat omma jadi hijau Rian… hahaha.. mcm sy anak no. 3 last. Nk sebut mama tu.. sekali je.. dh berbulan² br pandai sebut blk. Nk sebut daddy saje memanjang.. “
” Hahahahah dia baby2 lagiii dah pandai menyakat omma ehhhh.. Last2 kena pasrah je dia panggil kita Appa jugak nanti.. Hahahha jeling last tu geram betul dia.. “
” Haha cheeky nya dia.. sakit perut gelak dengar rian sebut appa tu. mana tak bengang omma macam ni rian.. haha.. “
” Susah ya nk sebut omma ya rian.. sikit lagi omma jadi hulk tu.. Jelingan maut last tu lawak haha.. Sebut kakak lg susah dr oma taw rian.. sje je tu nk tgok reaksi omaa dia.. “
” Haha sampai dekat ‘omaa’, dia terus pusing haha.. .kesian omma dah cuba byk kali tapi tak berjaya. Nakal ya Rian kecik2 pandai menyakat omma.. “
Warganet terhibur melihat gelagat Rian itu, semakin disuruh menyebut perkataan Omma, semakin banyak pula disebutnya Appa. Bertabahlah Maryam, sememangnya Omma akan menjadi perkataan terakhir yang akan Rian sebutkan nanti selepas Appa dan Kakak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryamyunrrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

