Artis / Selebriti
” Kempen ABPBH, haha.. ” – Komen Netizen
Gara-gara menyantuni orang asli Pos Tohoi, Elly Mazlein terima satu komen negatif. Jawapan Kak Lina memang padu dan mengejutkan ramai..
Sifat penyampai Era FM yang juga dikenali sebagai penyanyi, pengacara dan pelakon, Elly Mazlein disenangi oleh ramai wargamaya. Kak Lina sering tampil membantu golongan yang kurang berkemampuan dan sudah banyak yang dibantu oleh wanita hebat ini.
Semalam viral video Kak Lina menyantuni orang asli Pos Tohoi dan Kak Lina meluangkan masa beramah mesra serta menghiburkan penduduk Pos Tohoi, Gua Musang dengan nyanyiannya. Kak Lina juga turut berduet bersama seorang wanita di situ yang viral kerana menyanyi karaoke lagu Kak Lina.
Menerusi perkongsian Kak Lina di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu tangkap layar yang memaparkan satu komen berbaur negatif daripada seorang warganet. Individu ini mengaitkan usaha Kak Lina beramah mesra bersama penduduk orang Asli sebagai kempen untuk ABPBH.

Komen ini mendapat perhatian daripada Kak Lina. Dengan penuh berhemah dan berbudi bahasa, Kak Lina membalas komen tersebut. Kenyataan daripada Kak Lina itu mengejutkan ramai dan membuatkan warganet merasa terkilan sekiranya itu yang bakal Kak Lina lakukan.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kak Kepom kesayangan majmuk.. sayang kepom forever.. kepom tetap nombor syatu.. Tak nak la anugerah abph.. Saya sokong kak lina dpt anugerah dari sultan atas jasa kak lina menyantuni rakyat dan memberi sumbangan pd yg memerlukan.. So blh la isi borang calonkan nama kak lina nanti.. “
” Contoh artis yg boleh diteladani.. menghulur bantuan dr segi kewangan, hiburan dn buat org ketawa je bila dia ada.. luv kepom.. “
” Selayaknya kepom dpt pengiktirafan diraja.. next level gitiewwww.. Tk hamak menang abpbh tu.. sbb kepom dh lama menang dihati kami majmok seantero dunia.. love kepom ketat padat melekar.. “
” Bila kita tgk profile org yg kata kat Kepom camtu tu, barulah kita “hmmmm patutlahh”. Anyways, kepom berjaya buat showcase meninggalkan parut di Pos Tohoi.. “
” Sekarang artis dh berani bidas semula kenyataan nertizen dkt komen mulut puaka. biar rasa sikit nertizen.. “
” Sebelum ABPBH pon kepom memang dah jumpa dengan ramai orang . Takpe kak kepom iamellymazlein anggap jee dia baru follow akk 3jam yang lepas sebelum dia up comment . Sayang kak kepom.. “
” Kaklina ni dr dulu buat apa2 semua sehabis baik, dia xde harapkan balasan pun.. dia xyah masuk apa2 anugerah pun dia tetap NO SYATUUUU.. “
Ramai yang akan selalu menyokong dan menjadi tulang belakang Kak Lina. Dapat anugerah atau pun tidak, Kak Lina sudah nombor satu dalam hati peminat kerana Kak Lina satu dalam sejuta. Semoga Kak Lina terus maju jaya dalam kerjaya dan happy selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen


