Artis / Selebriti
” Kelakar lah Sharnaaz ni. Terus upgrade Fattah jadi bendahari kelab, haha.. ” – Komen Netizen
Video respon Fattah Amin ketika ditanya mengenai pandangan terhadap suara Sharnaaz menyanyi lagu barunya berjudul ‘Nugget’. Eh jawapan nak jaga hati ketua ke tu Fattah. Terus Sharnaaz naik kan pangkat Fattah jadi bendahari persatuan duda. Lawak lah, haha..
Sharnaaz Ahmad hadir ke konti Era pada pagi tadi untuk mempromosikan lagu barunya yang berjudul ‘nugget’. Lagu ini sepatutnya dilancarkan pada bulan lepas, namun dek kerana kekangan masa, ianya ditunda ke bulan ini. Lagu ini juga hadiah istimewa Sharnaaz untuk seseorang.
Meninjau entry di akaun Instagram Era, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan temubual Sharnaaz bersama team 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Pak Azad. Kata Sharnaaz, lagu ini untuk wanita pujaan hatinya yang lahir pada bulan Oktober.
Pastinya ramai yang tertanya-tanya dan mula mencari di internet siapakah wanita yang lahir pada bulan Oktober itu. Selepas itu, team Era menghubungi duda hangat masa kini, Fattah Amin untuk memberikan komenrnya terhadap lagu dan suara Sharnaaz untuk lagu tersebut.

Fattah memuji suara Sharnaaz dan mengatakan Sharnaaz serba boleh. Walaupun kena provoke dengan Pak Azad, Fattah tetap menghormati dan langsung tidak mengecam suara Sharnaaz. Sempat Fattah bersenda gurau dengan Sharnaaz dan mengatakan dia ahli kelab tidak boleh mengata ketua sendiri. Automatic Fattah dari ‘ahli seringgit’ dinaikkan pangkat jadi bendahari oleh Sharnaaz.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dulu ahli seringgit sekarang dah dilantik jadi bendahari hahah.. dua2 Duda kena la support kalo tk tk masuk lak dlm circle.. “
” Depa dah jadi best friend lah sebab sama-sama dalam persatuan duda.. Tok ketua Fattah ni mane boleh komen lebih-lebih.. “
” Hahahahaha banyak job fatah lepas ceo pastu bendahari pulak.. jaga duit sebab la ni fattah banyak duit.. adui ketawa aku dengar.. “
” Memang lah fattah komen okay… geng duda-duda hot ghituu.. Kena la hormat tok ketua.. Fattah kan ahli singgit.. “
” Noh rokiahhh bendahari terusss erkkk mamu, bukan dulu dia ckp fattah tu ajk je ke? kena bodek sikit terus naik pangkat bendahari jg duit.. amat² dasat erk penangan kipas fattah Amin, haha.. “
” Haha kelakar lah Sharnaaz ni.Terus lantik fattah jadi bendahari kelab.. ahli seringgit dah up grade jadi bendahari.. “
” Mentang-mentang orang tu banyak job, masyuk terus naik pangkat bendahari haha.. dah tak jadi ahli seringgit dah haha.. “

Pandai sungguh Fattah mengambil hati Sharnaaz. Betul lah apa Fattah katakan, Sharnaaz itu adalah ketuanya dan sebagai ahli biasa perlu menghormati ketua. Dah boleh jadi geng Fattah dan Sharnaaz ini. Mungkin satu hari nanti, ketua dan bendahari berpadu suara menyanyi, tentu gempak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

