Connect with us

Artis / Selebriti

” Kelakar betul, jawapan jujur tak ada konar-konar Ammar dan Cik B ni.. ” – Komen Netizen

Video Cik B memberikan pandangan jujurnya mengenai Ammar Ahyan ketika Ammar hadir ke konti Era FM buat warganet terhibur. Wah Cik B tak berselindung langsung. Mesti melompat Dato’ Aliff dengar jawapan Cik B tu. Part cerita detik pertemuan pertama dengan Ammar tu kelakar.. 

Populariti anak sulung kepada pengasas kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan semakin melonjak naik. Ammar yang sudah pun 17 tahun usianya ini seorang yang matang dan introvert. Ianya sangat berbeza dengan perangai Dato’ Aliff yang happy go lucky.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Shop Dherb Online, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ammar hadir ke stesen Radio Era FM. Ammar diundang menjadi tetamu untuk team 3 Pagi Era dan bersiaran langsung bersama Nabil Ahmad, Radin Era dan Pak Azad sepanjang beberapa jam.

Banyak yang ditanyakan kepada Ammar oleh 3 Pagi Era mengenai kehidupannya sebagai anak Dato’ Aliff dan perihal peribadi. Nabil dan Radin turut menyakat Ammar dengan mengaitkan Ammar dengan anak Dato’ Seri Vida, Cik B. Ammar memberitahu mereka baru sahaja berkawan sekitar pada bulan Februari yang lepas.

Cik B juga turut menghubungi konti Era dan menjawab soalan geng 3 Pagi Era dengan cukup sporting. Cik B ditanyakan sama ada Ammar adalah lelaki yang mempunyai ciri-ciri idamannya atau tidak. Jawapan yang Cik B berikan membuatkan Nabil, Radin dan Pak Azad teruja mendengarnya. Ada harapan berbesan DS Vida dan Dato’ Aliff nanti, hehe.

Jom tonton video di bawah :

@era.je

Comel betullah Ammar dengan Cik B ni, malu-malu tadi Cik B nak jawab Ammar memang taste dia tapi satu je spoil, Ammar ni muda sangat. Alar Cik B, kira jadi je lah. 😂 #sharERA #3PAGIERA #ERARadioNo1PalingLegit #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

@shopdherbsonline

Ammar di @era.je hari ni.. #papalaris #terlajaklaris #era

♬ bunyi asal – ONLINE DHERBS – ONLINE DHERBS

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Nampak gayanya macam fenomena AB akan mengalah kan fenomena BASS haha. Amayan taste cik b tu weh.. mana tahu kan, kot ada jodoh.. “

” Ya Allah lurusnyaaa ammaryan.. ammaryan kenal suara cik b.. nmpk excited bgtau suara cik b.. seronok jgk ye dgr cite persahabatan budak2.. “

” Tersengih je tgk live ni. mcm dpt vitamin baru AACB hehe.. genuine ye persahabatan budak2 ni. jujur aje statement masing2.. kelakar betul. jawapan jujur x de konar-konar.. “

” HAHHAHAHAHAHA srs comel la. mayan dgn cik B ni.. klo dorg ni jodoh betul2 srs comel gila.. Sya xbleh laa cikB dgn ammar ni. Nk sngt tngok mreka bsma.. “

” Amayan terlalu jujur sgt.. Adoiii lawak lah 2 org ni.. Ammar dn Cik B.. lambang anak2 yg polos dan tulus. Alhamdulillah, beruntung ayahbonda mereka ada anak² yg baik, sopan dan humble. Semoga menjadi anak2 yg soleh dn solehah.. “

” Hahaha dua2 orang ni memang lurus.. mereka ber2 ni sekufu. Sesuaiii dijodohkan. Sokong 100%.. amboiii reaksi amayan bila dgr suara cik B.. “

” Berjodoh gak budak dua ni… amayan iakn je pilihan cik b.. alahai… aku yg senyum2 ni… budak ni jujur Tau…. mmg tak reti bohong…. polos.. “

Celoteh Ammar dan Cik B mencuit hati ramai. Ditambah pula usikan oleh Nabil, Radin dan Pak Azad, lagi gamat suasana. Andai ada jodoh Ammar dan Cik B tentu akan menjadi empayar besar dalam negara. Apa-apa pun, video ini hanya sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga terhibur.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Shop Dherb Online, Tiktok Era  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaik Untuk Bayi
Glad2Glow Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak