Artis / Selebriti
” Kecik-kecik dah muka bapaknya. Mesti kelakar jugak ni.. ” – Netizen
Jep Sepahtu Kongsi Video Anak Keduanya, Muhammad Khidir Sedang Diurut. Wah Muka Khidir Sebijik Betul Jep Lah. Anak Abah Kuasa Dua Ni. Comel !!
Mendirikan rumahtangga bersama pelakon kecik molek Sari Yanti, Jep Sepahtu kini sudah pun memiliki dua orang zuriatnya sendiri. Jep turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan Sari terdahulu iaitu Barr dan Baasit. Dariya Inara adalah anak sulung Jep manakala anak keduanya diberi nama Muhammad Khidir.
Khidir nama yang indah diambil sempena nama Nabi ini dilahirkan 6 Jun yang lalu. Kelahiran Khidir menyerikan lagi keluarga Jep dan Sari. Barr, Baasit dan Dariya juga dilihat sayang benar dengan Khidir. Pasti ada sahaja gelag4t mereka yang menjaga Khidir dikongsikan Sari.
Keluarga Jep dan Sari ini sering menjadi perhatian peminat kerana sikap mereka yang humble. Hidup secara sederhana, Jep seorang ayah yang bertanggungjawab dan mendidik anak-anaknya ini dengan tegas. Pernah dikongsikan Sari cara Jep memberi teguran kepada Barr dan Baasit yang penuh dengan kata nasihat.

Meninjau akaun Instagram Jep Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan Khidir sedang menjalani sesi bertungku dan berurut. Seronok nampaknya Khidir dilayani sebegitu. Wajah Khidir pun alahai sy0k je dibelai-belai. Comel !
Jom tonton video di bawah :
Wajah Khidir yang asyik diurut ini menarik perhatian peminat. Muka tu persis betul dengan Abah Jep. Antara komen-komen :
” Comeiiiiiii, dia layannn. Rileks nmpak Khidir.. “
” Comelnya, muka abah jep.. semoga membesar dengan sihat n menjadi anak yg soleh.. Aamiin.. “
” Aduuhaiii comelnyaa… Semoga mjadi anak yg soleh baby Khidir.. “
” Tahniah. Rupa abahnya, handsome macam abah dia.. “
” Steady bohh nama anakk nyaa. Maksud yang baik.. “
” Kecik-kecik dah muka bapaknya. Mesti kelakar jugak ni.. “
” Ikut muka abah ni sebijik. Comel dah temb4m la.. “
Wah akhirnya Jep kongsikan juga wajah Khidir. Dah lama peminat tertunggu-tunggu untuk tengok adik Dariya ini. Yang pasti sama betul dengan muka Jep. Apa pun, semoga Khidir membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada kedua ibu bapa kelak. Aamin

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jep Sepahtu, IG Sari Yanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada ke orang telefon adik ipar dia setiap hari, ‘hello, astaghfirullah, buat apa ni’.. ” – PU Riz

