Connect with us

Artis / Selebriti

” Kecek Ganu la anak mat salleh ni.. ” – Netizen

Video Anak Mat Dan, Zayne Bercerita Tentang Apa Yang Dipelajarinya Di Sekolah Buat Ramai Terhibur. Comel Je Zayne Bersembang Dalam Loghat Terengganu, Kemah Zayne !!

Muhammad Zayne Danial James Tyler merupakan anak kepada selebriti Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah. Zayne baru berusia 3 tahun dan pada tahun ini Zayne telah dihantar ke sekolah.

Meninjau ke akaun Instagram Mat Dan, dia telah memuatnaik satu video bersama Zayne. Mat Dan menemubual Zayne tentang pengalamannya berada di sekolah dan apa yang dipelajari oleh Zayne ketika berada di sekolah.

Zayne telah dihantar ke sebuah sekolah swasta dan dilihat begitu gembira bercerita apa yang dilaluinya di sekolah. Apa yang menarik perhatian ialah kedua anak beran4k ini bercakap dalam loghat Terengganu.

Video yang berdurasi lebih 2 minit ini telah mendapat lebih 5 ribu likes dan 50 komen daripada para pengikut Instagram Mat Dan setakat ini. Ramai yang kagum dengan kepetahan Zayne bercakap dalam loghat Terengganu.

Jom tonton video di bawah :

Pelbagai respon yang diterima daripada netizen. Ada yang menyatakan Zayne sebenarnya belajar mengeja bahasa melayu di sekolahnya. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Mat dan cakap melayu ganu ngan dia.. yg melayu memang lahir melayu.. cakap omputih .. hehhe…. good luck Zayne.. tapi nape pakai diapers lagi ?? beso doh .. “

” Ba bu be – saya rasa dia belajar membaca suku kata. Kecek gganu la anok mat salleh ni. Zayne balik school mandi lu zayne .. “

” Kemahh zyne.. teringinlah nk tgk Zayne dgn adik dia main sama2. Cer speak tah londong sekali gak hahaah… tk penoh tak comey .. “

” Zayne cckap Ganu kat school ke… bijop Zayne. belajar membaca tu. ba bu be.. Well done Zayne. All the best in your learning journey .. “

” Mat Dan tak faham tu.. Ba bu be tu maknanya Zayne belajar membaca bahasa Melayu kt CIC tu.. macam pooh bear… bunyinya… “

Kite teringin gok nk dgor mat dan ckp omputeh kali. teach your child English.. bukan ape.. napok lacor ngat ckp ganu pah macam dok caye plok mat dan omputih. cakap slang mat saleh UK skali mat dan please.. “

Suke dgo mat dan kecek ganung ngan anok… pah org melayu cakak org putih… terbaiklah mat dan n son.. Mat dan dah tembam dah pipi awk, anak pun comel hehe.. “

” Tabik spring pado awok mat dan..suka dengar awok cakap melayu slang Ganu dengan anok. Belajar mengeja la tu cm tak reti nk sebut.. comel je.. “

Mungkin benar apa yang diteka oleh netizen bahawa Zayne belajar mengeja di sekolah. Apa pun comel sangat sebutan Zayne tu. Semoga Zayne terus rajin belajar dan berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak yang berguna. Good job Zayne.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mat Dan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT