Connect with us

Viral

” Kau janji nak grad sama-sama, nak jadi cikgu sama-sama. Tapi ni baru sem 2 kau dah tinggalkan aku.. ” – Rakan Ayuni

Bersahabat sejak tingkatan 1 sehingga ke UPSI, perkongsian rakan baik arwah Nur Ayuni Maslan (UPSI) buat ramai sebak. Pilunya hati melihat sahabat baik pergi buat selamanya. Impian yang dijanji bersama tidak kesampaian.. 

Nur Ayuni Maslan salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas bas terbalik di Gerik pada minggu lalu. Tidak hanya ahli keluarga yang dihimpit kesedihan tetapi juga rakan-rakan baik Ayuni. Ianya juga tamparan yang hebat untuk sahabat akrab Ayuni yang dikenali sebagai Qilah.

Ayuni dan Qilah bersahabat sejak mereka di tingkatan 1 sehingga tamat pengajian di Tingkatan 6. Impian dua sahabat ini untuk sama-sama ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dimakbulkan Allah dan mereka sama-sama berjuang untuk membanggakan keluarga masing-masing.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mylife, telah dimuatnaik video kenangan Qilah dan rakan-rakan yang lain bersama Ayuni. Masa-masa bahagia menghiasi kehidupan mereka di kampus. Banyak kenangan manis yang mereka ciptakan bersama-sama.

Perkongsian Qilah juga mengundang sebak orang ramai. Qilah memberitahu dia dan Ayuni telah pun berjanji untuk sama-sama graduate dan memasang angan-angan untuk menjadi seorang guru. Namun apakan daya, hajat dan impian mereka tidak kesampaian dan kini Ayuni ‘graduate‘ di sana.

Jom tonton video di bawah :

@.usernotfound_22

Dah seminggu kau pergi yuni 🙂 kau janji nak grad sama2 lepastu nk jadi cikgu sama2, tapi ni baru sem 2 kau dh tinggalkan aku sorang ii kat sini. Alhamdulillah kau dh dpt jadi cikgu di syurga sana. Aku rindu kau yuni. Al-fatihah #upsiberduka #fyp

♬ Raffar_Damailah Cinta – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

@.usernotfound_22

no more “beli dok lagi tiket,mari balik sekali la” Al-fatihah untuk nor ayuni #upsiberduka #fyp #CapCut

♬ The one that got away – Kim 🍒

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 29 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Cantik betul arwah ayuni ni. Setiap kali video dia, sedih walaupun tak kenal. sedih hilang sahabat baik ni kan.. kehilangan yang teramat dirasai.. Al-fatihah (dibaca).. “

” Tak tau knp ramai2 diorang arwah Nor Ayuni yg aku plg terkesan & sedih sgt wlu tak kenal. Aku boleh pulak berduka merasa kehilangan mcm arwah tu kwn rpt aku. Sentiasa teringat-ingat wajah bidadari syurga ni.. “

” Masha Allah cantik betul arwah ayuni. bidadari syurga.. ada hikmah sebaliknya. sabar adik. tp arwah trs jadi cikgu kat syurga.. “

” Arwah berwjah lembut,pandai dan ank terbaik ttp sgt menjaga aurat & penampilannya.. Allah swt mengangkat darjatnya.. saat kematiaannya.. kerana ketaatannya kpd Allah swt.. “

” X jemu tatap wajah dia berkali2 tgok tetap x puas.. lembut wajahnya manis org nya inshaa allah solehah juga.. Al-fatihah buatmu ayuni penghuni syurga.. “

” Al fatihah (dibaca) semoga awk Terus kuat.. teruskan perjuangan smpai ke penamat… insyALLAH arwah akan bangga awk habiskan belajar Dan menjadi pendidik suatu Hari nnt… bnyak2kan berdoa utk arwah.. “

” Kuat selalu Qilah.. saya thu kamu memang ptut sedih sbb ye lh dri f1 smpai lh kamu upsi dgn ayuni , semoga kamu kuat qilaah.. al-fatihah ayuni maslan.. semoga kamu ditempatkan org ii yg beriman.. “

Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Nur Ayuni dan ini adalah pengakhiran hidup yang terbaik Allah takdirkan untuk Nur Ayuni. Semoga roh Nur Ayuni tenang di sana dan untuk Qilah, terus kuat dan teruskan impian dan janji bersama Nur Ayuni sehingga tercapai.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok mylife  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Shampoo Treatment Jungle Girl
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak