Artis / Selebriti
” Kasih seorang ibu kepada anaknya. Sayu tengok Putera Mateen tahan sebak tu.. ” – Netizen

Video Saat Menyentuh Hati Putera Mateen Bersama Ibu Kandungnya, Datin Paduka Seri Dayang Maryam Abdul Aziz Di Majlis Istiadat Berbedak. Ini Lah Wajah Bonda Putera Mateen Yang Ramai Tertanya-Tanya Tu. Part Bonda Pegang Pipi Putera Mateen Buat Ramai Tersentuh. Putera Mateen Pun Tahan Sebak !!
Selepas 10 hari berlangsungnya majlis perkahwinan diraja antara Duli Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Binti Adam, banyak corat-coret yang dapat diungkap untuk wedding of the year ini.
Antara majlis istiadat yang menjadi tarikan adalah majlis istiadat berbedak diraja. Menerusi akaun Tiktok Sinar Plus, telah dikongsikan video ketika bonda kandung Putera Mateen, Datin Paduka Seri Dayang Maryam Abdul Aziz
naik ke pelamin untuk menyempurnakan istiadat berbedak ini.
Dalam bahagia melihat anaknya bakal menjadi suami, hati seorang ibu tersentuh dan air matanya mengalir juga. Sayu melihat bonda Putera Mateen menangis sambil memegang pipi anakandanya ini. Putera Mateen juga berubah raut wajahnya dan kelihatan menahan sebak.
Ramai yang tertanya-tanya siapa bonda kandung Putera Mateen dan malam itu wajah syurga Putera Mateen dapat dilihat. Turut sama bersama bonda Putera Mateen adalah 2 orang kekandanya, Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah, Pengiran Anak Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@sinarplus Ramai sayu menyaksikan bonda Putera Abdul Mateen, Datin Paduka Seri Dayang Maryam Abdul Aziz menitiskan air mata semasa Istiadat Berbedak Diraja. Mungkin tersentuh menyaksikan anakanda bongsunya bakal bergelar suami… #puteraabdulmateen #dayanganisha #Brunei #istiadatberbedakdiraja
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mak kandung Putera Mateen ea.. ingatkan mak dia yang selalu dengan Sultan tu.. Kasih seorang ibu pada putera nya, saya pun ikut terharu.. ”
” Nice photo.. kasih nya seorang ibu pada anak nya… Tahniah ibu memberi restu senyuman gembira tuk putra abdul mateen semoga semua berjln lancar.. ”
” Senyum tapi dengan mata bergenang airmata.. ahh tersentuh hati tengok moment ni.. kita pulak yang nangis, terasa kesedihan seorang ibu tu.. ”
” Muka happy Putera Mateen tengok bonda dan kakak datang terserlah. Lembut je dia sentuh pipi anakanda dia tu, sambil air mata mengalir. Alahai sedih betul moment ni.. ”
” Airmata seorg Ibu terlalu berharga semuga dipanjangkan jodoh perkahwinan ini hingga ke JANNAH serta dipermudahkan segalanya Aamiinx3 Ya Rabbilalamin.. ”
” Sebaklah pulak, naluri seorang ibu kan, bahgia cmpur sedih.. saya pun ikut terharu.. rasa sorg ibu kan anaknya kasih syg nya tiada noktah akhir kecuali dia dh tiada.. ”
” Kasih seorang ibu Kepada anaknya. Mahu tak nangis, sebak dan sedihlah. Ini baru bonda sebenar Putera Mateen. Sayu tengok Putera Mateen tahan sebak tu.. ”
Bukan hanya bonda Putera Mateen yang menangis, warganet yang menonton video ini juga turut sama menitik airmata. Kasih sayang seorang ibu yang tidak akan pernah putus dan sampai ke syurga. Dengan restu daripada bonda tersayang, semoga ikatan perkahwinan Putera Mateen berkekalan sampai hujung nyawa.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sinar Plus, IG Theroyal Squad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedap suara Mateen, yang penting jari tu mainkan peranan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” 1st time dengar suara Aleefa nyanyi. Best sangat, merdu macam Arni. Awie dan Arni Nazira versi muda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nyanyi dengan perasaan, sampai ke sini dik. Nangis dengar Thalita nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Weh aku yang risau dia jawab sepatah sepatah. Sejenis nak laju ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part high note tu, fuh international. Auto lain lagu tu, memang meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wajah kali ni cantik sangat persis sama macam zaman kegemilangan Zahnita dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thalita ni dia ada aura macam ibu dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedap suara anak dia, bakat dari ayahnya.. ” – Komen Netizen