Artis / Selebriti
” Kali ni saya tak kuat. Saya tak tahu bila saya akan kuat, saya terlalu takut.. ” – Amyza Aznan
Video luahan hati Amyza Aznan buat ramai tersentuh hati. Sebaknya dengar rintihan seorang ibu..
Bagaikan jatuh ditimpa tangga, itu yang sedang dihadapi oleh Amyza Aznan sekarang. Anak sulungnya telah pun menemui Pencipta-Nya malam tadi dan dikebumikan pagi ini. Tiada kata-kata yang keluar daripada Amyza kecuali air mata di saat anaknya disahkan telah tiada.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Melodi TV3, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak wartawan bersama Amyza. Sekian lama Amyza cuba kuat memendam rasa sedih, pedih dan pilunya, kali ini Amyza tewas juga.
Kata Amyza, dia sudah tidak kuat lagi untuk menghadapi ujian ini. Deraian air mata mengiringi luahan hati Amyza itu. Hati ibu mana yang boleh kuat melihat anaknya pergi selama-lamanya seperti ini. Setahun Amyza berlakon seperti kuat di hadapan anak, namun hakikatnya dia juga tidak berdaya.

Mendengar luahan hati Amyza itu membuatkan warganet ikut sebak. Luluh hati Amyza dan ianya turut dirasai oleh para ibu lain. Remuk rendam perasaannya dan hanya airmata menjadi saksi menggunungnya rasa sedih yang ditanggungnya saat ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Seorang ibu itu akan rapuh apabila anaknya diambil atau dipisahkan. Ibu yang sekuat manapun akan luluh. Dalam hatinya Allah saja yang tahu.. “
” Sungguh pun kita tahu dia nampak kuat. Seorang ibu itu memang kuat. Namun tiada daya nak menahan sebagai manusia biasa kita akan gugur juga. To kak amyzaaznankaaia semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan. Serta redha atas takdir dan kehendak Allah.. “
” Inilah ibu, apa ibu buat, anak anak anak.. Ya rabb temukan keluarga ini di jannatul firdausMu. Aminn ya rabb.. Alfatihah.. “
” Berat jadi seorang ibu. Anak walau dah besar panjang mcm mane pun , selagi dia tu anak , terasa dia tu masih lagi seperti bayi kite yg kecik dulu sewaktu kita lahirkan dia dan waktu dia dipangkuan ribaan kite.. “
” Dia yang meminjamkan, Dia juga yang mengambil kembali. Salam takziah. Semoga Allah menguatkan hati dan menggantikan dengan ganjaran sabar yang tidak ternilai.. “
” Awak insan terpilih amyza.. Allah pilih awak sbb Allaah syg awak.. semoga Allaah beri awak kekuatan.. “
” Innalillah wainna ilaihi roji’un. Salam takziah buat kak amyzaaznankaaia sekeluarga. Kami saksi sendiri akak dah bagi dan jaga sebaiknya. Tak sakit dah dia.. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu. Tak layak nak suruh kuat sebab hati seorang ibu, Tapi moga Allah kurniakan kekuatan terus buat semua yang menyayangi andre.. “
Berat mata memandang, berat lagi bahu Amyza memikul segala rasa sedih itu. Semoga Allah kurniakan Amyza kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari mendatang tanpa Andre di sisi. Sama-sama kita sedekah bacaan Al-Fatihah untuk arwah Andre Mikhail.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meloditv3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

