Connect with us

Artis / Selebriti

” Kalau takda BTS ni, tak tahu ada huru hara. Patutlah Misha lari ke Chaan, haha.. ” – Komen Netizen

Video kekalutan yang berlaku pada Chaan dan Leman Band ketika Misha Omar menyanyi untuk opening konsert Talk To My Manager buat warganet terhibur. Patut lah lain macam muzik time tu, Misha tersilap masuk. Part Misha berlari minta maaf pada Chaan tu comel. Siap send DM lagi, terbaik lah Misha.. 

Video persembahan di semi final Talk To My Manager yang berlangsung beberapa hari lalu masih lagi viral di media sosial. Para peserta menyanyikan lagu tugasan dengan baik. Selain persembahan peserta, persembahan daripada juri jemputan iaitu Misha Omar juga mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Pennbasschannel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kejadian yang tidak diduga ketika Misha menyanyi. Ketika awal nyanyian semuanya berjalan dengan lancar dan mengikut note yang betul.

Ketika Misha memulakan part chorus, kelam kabut sebentar Chaan dan Leman Band kerana Misha tersalah masuk awal. Sepantas kilat Chaan memberikan arahan kepada Leman Band untuk menukar key agar ianya selari dengan nyanyian Misha dan tidak kedengaran sumbang.

Selesai sahaja menyanyi, cepat-cepat Misha berlari anak ke arah Chaan dan meminta maaf kerana kesilapannya itu. Nasib baik Chaan dan Leman Band memang profesional dan situasi itu dapat diatasi dengan segera. Misha juga ada menghantar pesanan kepada Chaan selepas itu.

Jom tonton video di bawah :

@pennbasschannel

SERAM gak TENGAH LIVE JADI CAMNI @chaan_tiktok @emypakokgitar @farazila_aj @fahrulmirzad pennbasschannel bandleman lemanband #talktomymanager

♬ original sound – PennBassChannel – PennBassChannel

@sayafizah

Terbuat analisis. 😅🙂 Awesome musicians dan tidak dinafikan, anugerah vokal yg mantap mmg ada pada Misha Omar dan tabik sikap meminta maaf itu😀🫰🏻. Credit to @shahavibes @PennBassChannel @chaan_tiktok

♬ original sound – HafizahKadir – HafizahKadir

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :

” Sebab tu pnyanyi senior ni bertahan lama, dia thu how to respect org lain. love misha more.. no wonder lah tiber misha omar gi kat chaan, salah rupanya.. “

” Respek kak misha.. biar dah diva tapi still humble minta maaf dgn geng band.. patut la dgr macam pelik. tak sync dgn music.. “

” Kalau takda bts ni sy pun taktau ada huru hara haha.. Tp band padu boleh cover blk mcm tu je. yg lg mahal.. Kak mitch x malu mengaku dia salah.. Respect.. “

” Kalau x power bukan leman band namanya .. pttla misha lari ke chaan. respect btl kat musician.. genius betul dorg ni.. “

” Ahaa… mantap semuanya.. salute Kak Mitch minta maap kat band.. vokal ttap on point.. Kak Mic profesional artis.. “

” Part dia TEXT kat Chaan itu yg mahal.. Misha terbaik.. sama2 professional… saling hormat menghormati… terbaiklah uoalls.. “

” Dah perasan something wrong hahahaha perasan jugak chaan cakap² kat mic.. Idola habis kak mitchh.. humble bila dah buat salah . Terbaik team muzik cepat cover.. “

Salute kepada Chaan dan Leman Bands kerana pantas mengambil tindakan. Walaupu terkejut, Chaan dengan pantas perasan ada kesilapan di situ. Misha juga tersangat profesional, walaupun seorang diva, ucapan maaf tetap diucapkan kepada geng Leman Band kerana kesilapannya itu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Pennbasschannel, Tiktok HafizahKadir, Tiktok Shahavibes 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Blink2
Handbag Sya by AS

Trending

Copyright © Berita Kopak