Artis / Selebriti
” Kalau tak menyakat orang tu, tak tenang hidup abang Roy ek, haha.. ” – Netizen
Video Roy Azman Menyakat Pelakon Kismah Johar Yang Sedang Tidur Buat Warganet Terhibur. Siap Nyanyi Lagu Nenek Si Bongkok Tiga, Terus Terjaga Kismah, Haha !!
Sebut sahaja nama pelakon Roy Azman pasti ramai yang mengenalinya. Bagi yang suka mengikuti Roy di akaun Instagram, pasti mengetahui yang Roy suka berkongsi video yang mencuit hati. Jangan tak tahu, Roy juga suka menyakat orang dan seorang yang kelakar.
Terbaru, Roy telah memuatnaik satu video yang memaparkan dia sedang menyakat pelakon veteran iaitu Kismah Johar. Menerusi video itu, Roy telah masuk ke satu bilik yang mana di dalam bilik tersebut kelihatan Kismah sedang tidur di atas sofa.
Ketika sedang berjalan, Roy menyanyikan lagu Nenek Si Bongkok Tiga dan terus berdiri di hadapan Kismah. Mendengar Roy masuk, Kismah yang sedang tidur telah terjaga dan dia memberikan senyuman kepada Roy sambil menggaru leher.

Kedengaran Roy berkata dengan nada lawak yang Kismah pantang lepa pasti akan tidur. Video Roy menyakat Kismah ini telah mengundang tawa warganet. Ada peminat berseloroh mengatakan Roy tidak akan senang duduk jika tidak menyakat orang.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan memberikan emoji ketawa selepas menonton video yang dikongsikan oleh Roy. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Kalau tak menyakat org tu, tak tenang hidup abang Roy ek, haha.. Kelakar dgn gaya ketawanya org jadi hlg stress. Anyway Semoga sihat2 selalu.. “
” Ada jer nak ngusik.. Selalu buat Kita happy bila tgok Roy Azman ni buat onar.. Hahahhahaa mesti riuh kan di set.. “
” Pantang tengok orang rilex ye bang.. Jarang tak lawak lah Roy ni.. Selalu ceriakan orang, hehehe kita yang tgk pun ketawa juga.. “
” Seronok kawan2 dapat kwn macam Roy Azman ni, very happy go lucky person.. Sbb tu awet muda kannnn, hehehe.. “
” Abang Roy ni suke sangat bul1 orang, hahahahaha comel tengok.. Semoga aunty Kismah sentiasa sihat2 selalu ya.. “
” Pelakon wanita yg terbaik kami amat meminati dramatis yg hebat ini.. LakOnan yg menjadi.. Comel sokmo kak Kismah Johar.. “
” Abng mesti ada yang nk dikacau.. Ketawa tetap trademark.. Kuat menyakat betul bossku, hahahaha comel tengok.. “
Terus terjaga Kismah mendengar nyanyian Roy, baru Kismah nak layan tidur, dah kena kacau. Perkongsian video ini hanyalah sekadar gurauan Roy kepada Kismah. Apa-apa pun semoga Roy dan Kismah terus diberikan kesihatan yang baik serta berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG thisisroyazman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti16 hours ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil

