Artis / Selebriti
” Kalau ikutkan hati You dah lama I jadi duda.. ” – Nabil Ahmad

Perkongsian Dan Ucapan Istimewa Nabil Ahmad Sempena Hari Lahir Isterinya, Zira Ayub Raih Perhatian Warganet. Gambar Zira Dengan Nabil Tu Kelakar. Bak Komen Peminat, Muka Zira Macam Terpaksa Je, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad telah dikongsikan ucapan manis sempena meraikan hari ulangtahun kelahiran isteri tersayang, Nazirah Ayub. Menerusi kapsyen yang ditulis, Nabil mengenang jasa dan pengorbanan suri hati tercintanya.
Nabil juga turut menitipkan doa agar isterinya diberikan kesihatan yang baik, kekuatan berpanjangan serta hubungan rumah tangga mereka berkekalan hingga akhir hayat. Tidak hanya itu, foto ‘random‘ Nabil dan Zira yang dimuatnaik oleh Nabil mengundang tawa warganet.
Ada peminat bersoloroh mengatakan gambar Zira itu seperti terpaksa menerima ciuman daripada Nabil. Sementara itu, di akaun Instagram, Zira turut mengabadikan beberapa gambar sekitar majlis sambutan hari lahirnya bersama keluarga dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan selamat hari lahir kepadanya.
Menerusi gambar-gambar itu, kelihatan Zira mengenakan abaya berwarna grey, manakala dan anak-anak pula berwarna hitam sedondon dengan Nabil. Setakat artikel ini ditulis, posting Nabil telah meraih 40, 757 tanda suka dan lebih 200 komen. Alahai sweet sungguh ucapan Nabil kepada Zira.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Zira. Antara ucapan-ucapan warganet adalah :
” Sannah Elwah Zira… Semoga Dimurahkan Rezki Dan Dipermudahkan Segala Urusan, Aminn.. Muka macam terpaksa rela ja kena cium, haha.. “
” Kalau ikutkan hati u dah lama i jadi duda, hahahahaa ayat memang win.. Happy birthday Zira, semoga sentiasa sihat dan bahagia selalu bersama Nabil.. “
” Kemet muka bini ko nyahh, pibeday Zira lawo.. Moga korang terus bahagia bersama, kekal hingga ke syurga.. Murah rezeki, segalanya dipermudahkan.. “
” Selamat hari lahir Zira, sweet juga yer kau Bil, haha kalau baca balik kapsyen ni, macam tengah marah tapi terpaksa juga wish birthday dekat wife, hahaha..
” Happy Birthday kak Zira, terus sukses, dilimpahi rezeki & sihat sentiasa.. Muka tak rela kena kiss pun cantik sangat lah Kak Zira, selalu manis.. “
” Terkemek muka kena kiss, terpaksa je muka tu, hahahahaha.. Selamat hari lahir Zira, semoga diberikan kesihatan yang baik-baik sahaja, bahagia bersama suami dan anak-anak.. “
” Kalau dh pelawak nih hahaha ape pun dia post ttp lawak bagi kite kan, hahaha padahal ayat2 dia tu sweet je.. Happy birthday untuk wife Nabil.. “
Untuk sekadar info, hasil perkongsian hidup bersama, Nabil dan Zira telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani. Kami dari Berita Kopak turut ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Zira. Semoga bertambahnya usianya, segala urusan Zira sentiasa dipermudahkan serta bahagia selalu bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG nabilzira, zira.ayub
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra