Connect with us

Artis / Selebriti

” Kalau dia tak ketawa, memang aku tak kenal weh. Lain betul muka dia.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Alha Alfa makeup Ramona Zamzam dengan tema Sweet Amber Twilight curi perhatian ramai. Fuh, lain betul muka Ramona lepas makeup. Nasib baik dengar ketawa, kalau tak memang tak tahu itu Ramona. Cun sangat.. 

Siapa yang tidak kenal dengan jurusolek terkenal, Dato’ Alha Alfa. Ramai yang mengimpikan untuk merasai sentuhan magic Dato’ Alha. Sebagaimana tahun lalu, tahun ini juga Dato’ Alha tampil dengan perkongsian siri 30 Ramadhan, 30 selebriti, 30 makeup raya.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Alha Alfa Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan selebriti pertama yang dipilih untuk tahun ini iaitu Ramona Zamzam. Team Sweet Amber Twilight menjadi pilihan untuk episod 1 siri 2026 ini.

Dato’ Alha menunjukkan satu demi satu langkah yang perlu dilakukan oleh warganet, lengkap dengan alat makeup yang digunakan untuk menghasilkan makeup seperti itu. Wajah polos Ramona tanpa sebarang solekan dikongsikan pada awal video.

Ramai yang memuji wajah Ramona kelihatan cantik tanpa makeup. Selesai sahaja proses makeup, hasilnya membuatkan warganet kagum. Lain sungguh wajah Ramona sebelum dan selepas makeup. Ramona mengatakan suaminya sendiri pasti tidak dapat mengecam wajahnya dengan solekan itu.

Jom tonton video di bawah :

@alhaalfaofficial

DAY 1 – @Ramona Zamzam tema SWEET AMBER TWILIGHT ❤️❤️ siapa tema pink belacan? baby pink?? boleh try look ni ok?? #glambrittybyalhaalfa #30ramadhan30selebriti30makeupraya

♬ Selamat Hari Raya (Live) – Jebong Production

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Ya Allah lain betul… pakai tudung bertambah2 cantik.. Dia ni makeup ke tak makeup ke, mmg lawa.. tak cam lagsung tu Ramona.. “

” Lain muka Romona.. kalau takde tulis nama tu, memang tak tahu itu dia…. lain sungguh da rupanya.. cantik sgt Ramona pakai tudung.. “

” Kalau dia xketawa mmg aku xknl weh.. Lain btlll muka dia.. Mak aii.. Tp bile ktawa ok dh thu dh ramona.. “

” Lawa gila Ramona pakai shawl.. before makeup sekali imbas macam Sofea Jane.. lepas makeup, cantik gila.. Ya Allah mmg suka sgt Dato AA mekap… mmg cantik sgguh sentuhan tgn dia.. “

” Minat sungguh la Ramona. comel. lawa. sopan..nak marah pon lembut. lama xnmpk dia berlakon.. she’s been beautiful since she was involved in the industry.. “

” Lepas dia make up terus lain muka nya.. nasib baik kenal dia punya gelak.. heheheh.. lain sangat, lawa cun melecun.. “

” Kalau tak dengar suara tak cam Ramona Rahman.. Saya pon tak cam dah akak sapa terpaksa ulang berkali kali rupa nya pelakon wanita yg saya selalu tngok di tv.. “

Sentuhan tangan Dato’ Alha memang tidak pernah mengecewakan. Berubah wajah Ramona dan ramai yang tidak dapat mengecam Ramona apatah lagi apabila Ramona berhijab. Ramona sendiri teruja melihat wajahnya sesudah disolek, memang cantik dan menawan.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Alha Alfa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak