Artis / Selebriti
” Kalau cerita Korea ni, nanti besar depa jumpa balik, haha.. ” – Netizen
Ryzal Ibrahim Kongsi Gambar ‘Kronologi’ Anaknya, Rina Memeluk Seorang Budak Lelaki Di Sebuah Mall Buat Ramai Terhibur. Amboi Rina, Mentang-Mentang Lah Budak Tu Comel, Hehe !!
Jika anda mengikuti pempengaruh media sosial iaitu Ryzal Ibrahim dan juga isterinya, Maryam You Narae pasti mengetahui pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang diberikan nama sebagai Rina. Kini usia Rina telah pun 2 tahun lebih.
Ryzal dan Maryam turut mewujudkan satu akaun Instagram khas buat Rina untuk berkongsi perkembangannya buat para peminat. Jangan tak tahu, si kecil ini sudah mempunyai ratusan ribu followers di akaun Instagram yang bernama duriankimchijunior .
Terbaru, meninjau ke akaun Instagram milik Ryzal, telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan mereka sekeluarga keluar berjalan-jalan di sebuah mall. Kelihatan Maryam, Rina dan Ryzal mengenakan jubah berwarna sedondon iaitu hitam.

Tulis Ryzal pada kapsyen mengatakan gambar-gambar itu adalah kronologi Rina memeluk seorang budak lelaki Cina. Perkongsian oleh Ryzal telah menarik perhatian warganet. Ramai terhibur melihat gaya Rina ketika memeluk budak lelaki tersebut.
Ikuti perkongsian gambar di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian gambar-gambar Rina dan pelbagai respon diberikan wargenet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kalau cerita Korea ni, nanti besar depa jumpa balik, haha.. Silap2 20 tahun lepas kejadian ni mereka bercinta, hahahahaha.. “
” Another mix will happen 25 years more for Rina. May Allah always bless.. Amboii dia.. Cute betul.. Nanti blh tambah bahasa mandarin pulak Rina.. Hehe.. “
” Cute lah Rina sayang.. Kenapa tiba2 pergi peluk abg tu Rina.. Hahahaha.. Nanti minta appa dan omma baby boy ok sayang.. “
” Boleh buat drama ni, hahaha.. Btw lawa betul tengok satu keluarga ni berjubah.. Maryam lepas balik umrah, muka berseri-seri je.. “
” Rina terjumpa oppa ke tu, hahaha.. Best agaknya peluk abg tu ye Rina.. Lawak la budk ni, ada ja perangai comel dia nak buat.. “
” Ohhhh jodohku.. Kata Rina, hahaha.. Rina pun muka dia dah jadi Korea dah.. Ok lah tu nampak sepadan.. Kelakar
” Siap appa buat kronologi lagi.. Apa yang dia fikir tu, mesti Rina tengok budak tu handsome.. Terus dia peluk, hahaha betul tak.. “
Alahai Rina, peluk abang tu sebab dia kacak ke, comel sangat lah Rina. Sebelum ini, telah dikongsikan video Rina ketika pergi menjemput kepulangan kedua orang tuanya pulang dari Tanah Suci di lapangan terbang. Gelagat Rina berlari dan memeluk appanya mengundang sebak warganet.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ryzalibrhm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil



