Artis / Selebriti
” Kak Lina sorang jer berani sound Dato’ Aliff Syukri. Adoi, keras perut aku gelak tak berhenti tau.. ” – Komen Netizen

Video Elly Mazlein menyakat Dato’ Aliff Syukri ketika segmen Carta Era Raya 40 buat ramai terhibur. Selamba betul Kak Lina sound Dato’ Aliff macam tu. Sampai terkedu Dato’ Aliff dibuatnya, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan segmen Carta Era Raya 40. Menerusi video-video tersebut, kelihatan tetamu jemputan yang hadir adalah Nabila Razali, Iman Troye, Dato’ Aliff Syukri dan Naim Daniel.
Segmen Carta Era Raya ini kendalikan oleh penyampai radio Era, Elly Mazlein. Pelbagai topik yang diborak oleh keempat-empat tetamu jemputan tersebut bersama Elly. Namun, apa yang mencuit hati adalah telatah Elly yang sering kali menyakat Dato’ Aliff.
Ada sahaja yang dibuat oleh Elly agar Dato’ Aliff tidak berkesempatan untuk bercakap banyak. Antara yang membuat ramai berdekah ketawa apabila Dato’ Aliff seolah-olah tidak berpuas hati apabila lagu raya yang dinyanyikannya tidak tersenarai dalam carta.
Dengan penuh jujur, seloroh Elly mengatakan yang lagu Dato’ Aliff gagal dan selayaknya berada di luar carta. Mendengar apa yang dikatakan oleh Elly itu, kelihatan Nabila, Iman dan Naim berdekah ketawa. Bukan itu sahaja, Dato’ Aliff juga terdiam seolah-olah terkedu mendengar kejujuran Elly.
Tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet begitu terhibur menonton video-video ini dan memberikan pelbagai respon. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kak Lina sorang jer berani sound Dato’ Aliff Syukri. Adoi, keras perut aku gelak tak berhenti tau.. Terima kasih Kak Lina mewakili seluruh rakyat Malaysia, hahahaa.. “
” Puas aku dengar statement Kak Lina.. Betul2 jujur, hahaha.. Terima Kasih wakili rakyat Malaysia.. Puas jgk dengar Naim gelak, haha.. “
” Peluang untuk gelak betul betul belakang tuan punnya lagu jangan dilepaskan. Nampak lama simpan gelak tu Naim Daniel, hahaha.. “
” Bertemu buku dgn ruas.. Gagal.. Layak duduk di luar.. Ngam soiii kak lina uiii, berdekah aku gelak dengar.. Sorry Dato’, haha.. “
” Setepek dia bgi takde conner² dah.. Hakikat, kejujuran tu memang pahit untuk ditelan Dato’ , hahaha.. Tq Kak Lina, sedarkan Dato’.. “
” Kak kepom.. Apa2 hal kiteorg belakang kak kepom ye.. Kak kepom mmg berani kawwww.. Salute lah hahahaha. Yang lain pun berdekah kuat betul kan, haha.. “
” Wehhhh aku memang gelak tak berhenti.. Jujur betul kepom, hahaha.. Sampai terkedu Dato’ Aliff, hahaha.. Naim kau memang nakal lah, gelak tu gelak puas hati, haha..
Seloroh warganet, hanya Elly seorang sahaja mampu ‘sound‘ Dato’ Aliff seperti itu. Apa-apa pun, kata-kata Elly itu hanyalah sekadar menyakat Dato’ Aliff dan mahu menghiburkan semua. Pastinya ramai yang seronok melihat telatah Elly dan semua artis jemputan yang hadir sehingga tidak kering gusi ketawa melihat gelagat mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen