Artis / Selebriti
” Jurus apa tu Amir, teknik berbagi bayang ke. Tergelak tengok peel Amir ni, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Amir Sisi Bersembang Dengan Kawan-Kawannya Buat Warganet Terhibur. Amboi Mentang-Mentang Baru Tengok Cerita Superhero, Amir Punya Gaya Tak Nak Kalah Ni. Lawak Lah Amir Ni, Hehe !!
Jika sebelum ini warganet terutamanya peminat Amir Sisi boleh melihat telatah Amir di rancangan The Chosen One. Memandangkan rancangan itu sudahpun berakhir, hanya perkongsian daripada guru-guru Amir sahaja lah yang menjadi pengubat rindu warganet terhadap Amir.
Meninjau akaun Tiktok Abang Mall, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Amir ketika sedang santai bersembang bersama rakan-rakan asramanya. Sambil bersembang, mereka menikmati juadah yang disediakan di dewan makan asrama.
Kata Abang Mall di ruangan kapsyen berbunyi ‘ Bila kau baru lepas tengok cerita superhero. Bersembang dengan kawan pun kena ada gaya ‘. Dapat dilihat gelagat Amir dan gaya yang dilakukannya ketika bersembang itu begitu rancak sekali.

Seperti meniru gaya superhero, entah apalah yang diborakkan oleh Amir ini, gayanya memang tak nak kalah. Terhibur warganet dengan kelakuan Amir dan tidak kurang juga yang meluahkan rasa rindu untuk melihat gelagat Amir bersama coach Putera Muhammad.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@malll1008 Bila kau baru lepas tengok cerita superhero. Bersembang dengan kawan pun kena ada gaya.
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 400 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Rindu kat Amir dan Putera Muhammad.. Amir layan jer dunia kanak² ni tau.. buangkan yg negative. enjoy life awak . kami rindu Amir dgn Putra Mohammad.. ”
” Rindu nak dengar suara Amir dengan Putera Muhammad.. Malam Rabu dah bosan tak ada apa nak tengok hehe.. ”
” Alahai si handsome boy, rindu gelagat lucu Amir.. dia punya gelagat memang buat orang gelak. bukan dibuat-buat.. ”
” Lain macam kau Amir haha.. Amir mcm2 ya, suka tgok gelagat amir. bagus amir jdi super hero boleh terbang jumpa abang putra awak. suka dpt tgok live amir hilang rindu.. ”
” Ada-ada je Amir ni haha. ni mesti tak tahu dia sedang dirakam, kalau tak mesti dah lari dia hehehe.. ”
” Jurus apa tu Amir, teknik berbagi bayang ke haha.. Comel kan dia. Umur 12 tahun tapi sosok dia comel buat dia macam belum 12 tahun. Comel.. ”
” Tergelak tengok peel Amir ni, jenis hyper haha. Amir dah jadi superhero ke.. Awak dah jadi pun di hati kami semua.. ”
Alahai Amir, sudah macam tunjuk jurus apa lah tu agaknya. Kalau berlakon jadi superhero mesti comel ni. Terhibur warganet melihat kelakuan Amir itu. Semoga Amir sentiasa gembira dengan kehidupannya, berjaya dalam pelajaran serta cemerlang dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Abang Mall
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti13 hours ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen



