Artis / Selebriti
” Jumpa Mat Kilau jap, tanya pendapat macam mana kalau Awang nak kahwin lain.. ” – Fazura
Muatnaik Gambar Bersama Dato’ Adi Putra, Kapsyen Nur Fazura Buat Ramai Terhibur. Amboi Komen Fattah Pun Mengundang Sangat. Bukan Main Lagi Ayat Abang Awang Kesayangan Faz Ni. Berani Eh, Haha !!
Fattah Amin dan Fazura terkenal di kalangan peminat sebagai pasangan yang romantis dan selalu kelihatan sweet apabila bersama. Walaupun sudah ada anak, namun gelagat mereka seperti pasangan sedang dilamun cinta sahaja sehingga membuatkan warganet tersenyum melihat Fattah dan Fazura.
Meninjau akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan satu gambar yang memaparkan Fazura bersama Dato’ Adi Putra. Kapsyen Fazura sendiri yang berbunyi ‘ Jumpa Mat Kilau jap, tanya pendapat macam mana kalau Awang nak kahwin lain ? ‘ mendapat perhatian warganet.
Sebagaimana yang semua tahu, Dato’ Adi Putra dan Fattah pernah bergandingan dalam filem pecah panggung, Mat Kilau. Nama watak Awang menaikkan nama Fattah dan menjadi sebutan kerana penghayatan dan lakonan Fattah yang sangat bagus.

Perkongsian oleh Fazura itu telah pun meraih hampir 30 ribu tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Wah seronok warganet menyakat Fazura dan Fattah di ruangan komen. Mana mungkin Fattah akan menduakan Fazura, Fattah kan setia orangnya, hehe.
Jom baca perkongsian di bawah :
Pelbagai komen yang diberikan oleh warganet setelah membaca kapsyen Fazura ini dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hey awas ya awang.. cuba tanya si Awang. Ada beran ka haha.. mimi would the the first person to panah awang instead of kak faz.. ”
” Tapi kenapa Awang yang lari haha.. beraninya kamu awang.. tunggu mummy jawab apa lepas ni haha.. kita putar soalan.. ”
” Beraninya awang bercakap sambil berlari haha… Mat Kilau akn berkata tidak mungkin kerana Awang setia orangnyaa.. ”
” Awang kalau kawen lain dia akan jadi bawang haha.. Yang ni sy tau apa jawapan Mat Kilau.. “bagilah, insyaAllah payung emas menanti Faz “ haha.. ”
” Berani Awang… kami tentera2 Nyama akan serang Awang dulu haha.. Kalau awang nak kahwin lain jangan Minta pendapat…. minta bunga silat la hehe.. ”
” Jangan.. awang tetap milik faz hingga ke akhir hayat . hanya Allah je yg blh pisahkan.. Nati srikandi satu malaysia serang awang try lah kalau berani.. ”
” Kalau awang berniat2 nk kawen lain, mummy fatimah yg asah keris dulu dimuka pintu, jangan main2 awang.. ”
Komen Fattah yang mencuit hati warganet. Alahai abang Awang, ayat macam berani tapi emoji lari tu dah kenapa, haha.

Suka betul Fazura menyakat Fattah, memang sejenis yang suka mengusik suami. Apa-apa pun, itu hanya lah sekadar gurauan Fazura semata-mata dan semoga pembaca juga terhibur dengan perkongsian tersebut. Fattah jangan buat hal, nanti kena tidur luar rumah okey.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen



