Artis / Selebriti
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen

Video reaksi Dato’ Seri Vida ketika menonton video live Dato’ Aliff Syukri cuba kenen-kenenkan Ammar Ahyan dengan Cik B buat ramai terhibur. Part reaksi balas Ammar ketika menonton video DSV pula tu paling kelakar. Terlebih random lah Ammar ni, haha..
Beberapa hari yang lalu, Dato’ Aliff Syukri bersiaran langsung bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan dan ada menyentuh mengenai anak perempuan Dato’ Seri Vida, Cik B. Dato’ Aliff mengusik Ammar dan menggelarkan Cik B sebagai bakal menantu papa.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Pamoga HQ, telah dikongsikan video reaksi DS Vida ketika menonton video live tersebut. Lembut sahaja pertanyaan DS Vida bertanyakan adakah Ammar sukakan Cik B. Sambil ketawa, DS Vida sempat mengajuk ekpresi wajah Ammar yang selalu serius ketika live bersama Dato’ Aliff.
Pada perkongsian di akaun Tiktok Aimi Noh pula, reaksi Ammar pula ditunjukkan. Ammar yang ketika itu sedang menjual secara live membuka akaun Tiktoknya dan video DS Vida itu muncul di wall Tiktok Ammar. Kata Ammar, Tiktok ini pelik kerana video yang dia tidak mahu tengok pula yang fyp.
Ayat yang keluar daripada mulut Ammar ketika mendengar soalan DS Vida itu mencuit hati warganet. Reaksi wajah Ammar seperti biasa, maintain serius tetapi ayat spontan yang diucapkan itu membuatkan warganet terhibur. Ammar lagi kelakar dan random daripada Dato’ Aliff tetapi dalam versi yang berbeza.
Jom tonton video di bawah :
@pamogahq_ Alamakkk amayan tau la cik b dekat mana 🫣 ada apa apa ke mereka ni eh 🤔 Cer komen sikit siapa yang tengok live PAPA 😬 #datosrivida #cikbhavoc #papalaris
@aiminohh2 Berdekah weyy tengok reaksi ammar 🤣 #datoaliffsyukri #aliffsyukri #dherbs #dherbsterlajaklaris #datinshahidadherbs #ammarahyan #fyp #masukberandafyp #fypシ
Lebih 40 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Stress Ammaryan nanti. Bapak mcmtu, mak mentua mcmni. Tak tenang hidup kau Ammaryan.. ni kalo besan dgn dato aliff konfom satu malaysia ketawa, haha.. “
” Sesuai sgt Cik B & Amayan tu, sama2 Baik & hormat ibubpa, x sombong, yg penting x kalut nk berebut harta.. “
” Lagi stress amayan nk kna promot barang abah, promot barang mak mertua pulak haha.. Tapi perangai amayan dgn cik b sama je dua2 cool. dua2 kena hadap perangai papa mama yg hiper.. “
” Tgh bayang kalau kawen. Cik b kat dapur jual salmon. Amayan jual mangga. Menu hari2 salmon dan mangga, haha.. senang hati bapaknya kalau menantu cikB . marketing in sales 200x meriah.. business is business.. “
” Selamatkan aku, selamatkan ku aamin.. terbahak aku dengar ayat amayan ni.. Kalau aku jadi dia pon aku beristighfar banyak2, bukan sebab cikB (cikB baik hokey kita suka dia) tapi sebab mak CikB.. Cukup ada bapak sendiri yg memeningkan kepala.. “
” Tak boleh bayangkan kalo dato vida jadi mak mertua dengan bapanya alif sukri bgabung.. meletop weyy. amayan dengan cikb yang pening nanti haha.. “
” Jujur sangat doa tu Amayan, haha.. selamatkan aku, selamatkan aku haha.. ko ni betul betul random la amayan.. lawak spontan nak selamatkan diri dari gosip.. “
” Ya Allah makin rancak laaa dato’ alip n dato’ vida menyakat amarahyan.. ya Allah tlgla selamatkan bdk baik ni.. siap istighfar lagi Amayan, haha.. “
Terhibur warganet melihat reaksi Ammar dan DS Vida. DS Vida pun sama suka menyakat, si Ammar pula istighfar panjang agar dirinya selamat daripada masalah baru. Jika Ammar dan Cik B ada jodoh, tentu lagi meriah jualan mereka berdua dan paling happy tentu lah Dato’ Aliff dan DS Vida.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok pamogahq, Tiktok aiminohh2
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ini lah bapak mertua Hadie.. ” – Oddah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Macam dengar SS yang nyanyi, arghh dah aku menangis. Suara Sallman tu sebijik SS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Yang cakap suara saya tak sedap, saya tak patut pun ada dekat TTMM, saya yang patut terkeluar.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Oddah ajar sampai dia gelek paling lembut aku pernah nampak weyy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lemak weyy suara anak bujang seorang ni. Tone macam Indonesian, gila sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bila tengok video ni, jatuhnya air mata seorang ibu, ahhh tak tahan dah, mengalir jugak air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mesti dia ingat peminat yang jerit-jerit nama dia, tu yang dan-dan buat macho tu.. ” – Datin Alyah