Viral
” Jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut, apatah lagi jika bas itu bergerak laju.. ” – Kakak Nurly
Kakak arwah Nurly Sahirah (UPSI), Nurul Munirah kongsi perbualan bersama arwah Nurly sebelum kejadian bas di Gerik buat ramai sebak. Mesej terakhir Nurly yang akan selalu dikenang, sedihnya..
Pemergiannya menghidupkan banyak jiwa, namanya menjadi sebutan di seluruh pelosok negara. Nama Nurly Sahirah yang membawa maksud ‘cahaya terkenal’ kini meniti di bibir warganet. Nurly yang jasadnya ditemui erat memeluk kalam suci Allah, Al-Quran membuka mata dan menyedarkan ramai insan tentang kehebatan Al-Quran.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fatihah Sulaini dan juga Portal Harian Metro, telah dikongsikan luahan hati kakak kepada Nurly bernama Nurul Munirah Azman. Kata Munirah, Nurly menghantar pesanan ringkas pada malam kejadian dan mereka bermesej untuk kali terakhir sekitar jam 11 malam selepas bas bertolak dari Jerteh.
Nurly meluahkan rasa takut menaiki bas dan ingin Munirah menemaninya. Dek kerana Munirah sudah mengantuk, dia meminta Nurly untuk menyambung perbualan mereka keesokan harinya. Namun takdir Allah sudah tertulis, tiada lagi mesej daripada Nurly kerana Nurly telah pergi untuk selamanya.

(Kredit photo : Buletin TV3)
Kata Munirah, Bila Nurly takut, dia akan peluk erat al-Quran, jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut apatah lagi jika bas bergerak laju. Munirah turut mendedahkan sikap Nurly yang terpuji. Walaupun Nurly yang paling bongsu, namun Nurly sering mengingatkan Munirah tentang menjaga diri dan aurat. Perit dan terpaksa redha pemergian adik tersayang, namun Munirah perlu kuat untuk mengharungi semuanya.

Tidak akan ada lagi pesanan dan teguran daripada Nurly selepas ini yang tinggal hanya kenangan mereka bersama berkongsi suka duka. Sebagai seorang adik, Nurly sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan sentiasa mahu kan saudara kandungnya menjadi muslimah sejati.

Munirah pasti merasai kehilangan adik bongsunya ini dan tiada lagi teman untuk berkongsi cerita dan bersenda tawa. Allah lebih menyayangi Nurly dan perginya Nurly menjadi sebutan dan inspirasi kepada ramai orang. Semoga arwah Nurly tenang di sana dan berbahagia di taman syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fatihahsulaini, Portal Harian Metro, FB Buletin TV3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya

